Pages

Sunday, September 9, 2012

Kita dan Kemaafan

"SELAMAT hari raya.. maaf zahir batin".. itulah ungkapan sakti yang tak lekang di bibir setiap kali kita bersalam dengan orang lain di musim-musim raya ni. 

Time ni lah time yang paling sesuai untuk "mencuci" rasa bersalah yang dilakukan sebelum-sebelum ni.

Time rayalah paling sesuai untuk berjumpa.. berjabat tangan malah berlaga-laga pipi (sama-sama gender ye..) sambil ungkapan sakti itu diucap. Seolah-olah hari lain tidak boleh digunakan untuk meminta maaf. Seolah-olah hanya hari raya saja yang sesuai dan hari lain tidak sesuai. Kan bagus kalau kita tak perlu menunggu hari raya untuk meminta maaf?

Itu kisah kita nak meminta maaf atas kesalahan kita terhadap orang lain.. Belum lagi kisah kita nak memaafkan orang lain yang buat kesalahan terhadap kita..

Berapa ramai antara kita yang dapat memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita? Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata: "sebelum tidur cubalah memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain terhadap kita. Esoknya insya Allah kita akan ceria, gembira dan tenang".. Tak percaya? Cubalah.. :)

p/s Untuk kengkawan yang datang beraya time BPR D1 buat "open office" hari Jumaat tu.. maafkan aku sebab tak dapat nak bagi layanan VVIP kat hangpa especially Gel (baca Girl), kak Intan, kak Niza dan blogger noname. Tak terlayan aku der.. Orang tak henti-henti datang.. So from the bottom of my heart... i'm so sorry.. :(

Penjejak Mimpi: Memaku dulang paku serpih.. bla.. bla.. bla..

2 comments:

no name said...

okey je, tak ada apa yg kurangpun!! eh, dadih kelapa ada lebih lagi. tapi aku nak tunggu esok baru bagi, sebab jumaat hari jamuan tu kan ina pendek x ada so aku nak tunggu samada dia nak dadih @ tak. kiranya aku nak tapaukan sekali dengan ko la, bukan nak tgk cukup ke x. dadih tu bnyk je extra, org taman aku x reti makan. hehehe...
tetiba je rasa terkena kat batang hidung aku entry ko ni :)

Penjejak Mimpi said...

no name: takpe.. bebile pon takpe janji ade untuk aku. hehehehehe..

aku takde niat pon nak tuju kat sesape entri aku nie.. itu yang terdetik so itulah yang aku 'muntah'kan dalam blog picisan aku...