Pages

Sunday, November 8, 2009

Integriti - Las Kopek

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera..
Ni ialah final part untuk topik Integriti yang da sekian lame tertangguh. Kirenye ni topik integriti yang las kopek punye la.. Ready? Sappy.. Go!!
PERANAN PENJAWAT AWAM BERDASARKAN PIN (PELAN INTEGRITI NASIONAL)

1. Meningkatkan kewibawaan penjawat awam supaya ikhlas, jujur dan tidak terpengaruh oleh gejala rasuah.
2. Memupuk budaya sentiasa berdedikasi dan komited kepada tanggungjawab dan tugas.
3. Menerajui usaha untuk mengubah minda dan sikap orang ramai terhadap budaya negatif seperti rasuah, ketidakcekapan dan salahguna kuasa.
4. Membantu meningkatkan imej negara sebagai sebuah negara yang cekap, bersih dan berintegriti.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Menangani Gejala Rasuah
i. Tingkatkan kefahaman rakyat mengenai salah laku rasuah.
ii. Kempen melalui media cetak dan elektronik
iii. Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

2. Semak semula undang-undang serta peraturan sedia ada berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
i. Jabatan Peguam Negara menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal.

3. Mempercepatkan penggubalan Akta Perlindungan Saksi untuk menggalak dan melindungi pemberi maklumat tampil ke hadapan membuat aduan mengenai sesuatu salah laku.

4. Institut Integriti Malaysia (IIM) menawarkan kursus ‘Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti Dalam Perkhidmatan Awam’.

MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM

1. Tingkatkan tahap kefahaman kakitangan mengenai pekeliling-pekeliling sedia ada seperti Perintah Am, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), Arahan Perbendaharaan dll.

2. Menguatkuasakan sepenuhnya semua pekeliling berkaitan di tempat kerja.

3. Memperkemaskan sistem aduan dalaman dan luaran supaya cadangan penambahbaikan secara berterusan dapat disalurkan untuk tindakan agensi.

4. Menyediakan latihan berterusan ke arah melahirkan modal insan yang cekap, berkesan dan produktif. Latihan tersebut mesti mengambil kira aspek kemahiran serta kerohanian.

5. Agensi perkhidmatan awam perlu digalakkan dan diberikan insentif untuk mendapatkan pensijilan standard. Melalui pendokumentasian dan pengauditan yang dilakukan, perkhidmatan yang ditawarkan dapat ditingkatkan.

6. Institut Integriti Malaysia menawarkan kursus ”Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti Dalam Perkhidmatan Awam” secara berjadual.

KENAPA KITA PERLU MENJAGA INTEGRITI?

Demi maruah diri, keluarga, profesion & organisasi, bangsa & agama dan negara.

JADIKAN LAH..

Integriti itu AMALAN BUDAYA, TABIAT & KEBANGGAAN BERSAMA.

POINT TO PONDER

We in the public service think/assume that we’ve done a good job. Public service have contributed to country’s development and betterment of the community. However, the public perception is the opposite. Survey after survey have shown this is the case. In fact the survey conducted by IIM shows that even public officials themselves have added to this (view). WHY?

QUOTE

“…Malaysia needs a future generation of leaders with unquestionable integrity. Only those who are capable, responsible and scrupulously honest should be allowed to serve in positions of leadership. Those who are inefficient, incompetent and, most importantly, corrupt, should be held in absolute contempt…..” (Raja Nazrin, NST, 6 August 2007, Pg. 12)

RUMUSAN

Kepimpinan Perkhidmatan Awam harus dilihat sebagai role model kepada kakitangan bawahan dan agensi-agensi lain. Untuk itu Kepimpinan harus lebih proaktif dan serius menjalankan aktivit-aktiviti yang telah digariskan dalam PIN agar dapat mewujudkan perkhidmatan yang disegani dan di hormati oleh semua pihak.
abih dah....

Nota: Alhamdulillah setelah sekian lame aku meng'edit' topik ni akhirnye selesai gak. Pheww!!! leganyer.. Harapan aku muge kite sume dapat menjadi salah sorang kakitangan awam yang berintegriti, beretika dan berdedikasi, insya Allah.

0 comments: