Pages

Sunday, November 1, 2009

Aduhai Perjuangan..

Aku nak minte maaf sebab wat mase ni aku tak leh lagi nak sambung topik integriti tu. Banyak yang kene edit so it will take a bit of time.. Nak kate bz tu.. boleh tahan la. La ni pon aku on9 kat umah ajek. Takkan nak update blog kat opis, lak.. Lagipon skang ni aku kekeringan idea. Tatau pe yang nak dinukilkan kat sini...
Emm.. tadi mase aku kemas bilik, aku terjumpe dengan few piece of paper yang banyak mengandungi kate-kate hikmat dll. Jumpe skali satu sajak yang bertajuk Aduhai Perjuangan karya Saudara Khyrun Anuar Zainol. To tell the truth, da lame aku simpan sajak ni; since aku mengajar kat Ipoh lagi... dan aku memang suke membacenye. So kat bawah ni aku titipkan sajaknye.
Aduhai Perjuangan
Dilahirkan di dunia ini
Dilahirkan dengan tanggungjawab
Pena yang dibeli oleh ayah
Itulah pena perjuangan
Kita asah dikala tumpul
Untuk menulis baris-baris ilham
Kita simpan sebagai bekalan
Untuk ke medan sana
Kita tak pernah kaya
Limpahan kesenangan yang banjir di hadapan kita
Adalah keresahan
Setiap kali kita menulis
Baris-baris baru, baris-baris ilmu
Setiap kali itulah tanggungjawab bersimpul
Merenung ke arah kita
Adakah kita hanya menoleh
Sedangkan kita amat resah
Siapa lagi jika tidak kita
Yang akan meletakkan hak
Dan menguburkan batil
Kerana kita sedar dan tahu
Kita tetap memperjuangkannya untuk semesta
Mencari sakinah daripada redhaNya..

0 comments: