Pages

Wednesday, February 6, 2013

WWF

WWF; World Wide Fund for Nature. Dulu dikenali sebagai World Wildlife Fund. Tiba-tiba sebut pasal WWF pulak aku ni. Ceritanya macam ni..

Di stesen Bandar Tasik Selatan tadi ada beberapa orang dari WWF minta bantuan orang yang lalu lalang untuk turunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada organisasi ini dalam menjalankan tugas mereka demi alam semulajadi. Sekaligus meminta sokongan dalam bentuk kewangan untuk menjayakan misi mereka demi kehidupan alam semulajadi yang lebih baik. Argghh!! korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni? Harap-harap faham.. :)

Kalau tak faham atau kurang faham, apa kata korang terjah kat SINI.

So tadi aku berjaya menjadi salah seorang yang menurunkan tandatangan sebagai menyatakan sokongan kepada usaha murni mereka. Sembang punya sembang dengan petugas WWF tu (Cik Nurul Fatin) terus saja aku bersetuju untuk memberi sokongan secara berterusan kepada WWF ni dalam bentuk kewangan. Donation tu akan ditolak dari kad kredit secara bulanan. Ok jugak pada aku; daripada aku membazir duit tak tentu hala lebih baik aku salurkan ke organisasi demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Ewah!! Seperti apa yang tertulis kat borang Senarai Semakan Penderma yang diberi siang tadi; "Terima kasih di atas bantuan anda untuk menghijaukan bumi demi masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak dan kita bersama".

WWF juga terlibat dalam program Earth Hour. Sila terjah kat SINI dan SINI untuk tahu lebih lanjut pasal Earth Hour. Ayat merayu: "sayangilah planet kita"..

p/s Tiba-tiba teringat kenyataan sensasi ni; "haiwan pun ada masalah.. anjing ada masalah.. kucing ada masalah... ikan jerung pun ada masalah.. bla.. bla.. bla..". So betullah kenyataan tu.. harimau sekarang ada masalah kepupusan.. penyu pun ada masalah yang sama juga.. Haha..

Penjejak Mimpi: Berilah sokongan pada WWF demi kita semua.. :)

0 comments: