Pages

Wednesday, February 27, 2013

Puan Cari Saya?

PAGI semalam aku 'bertandang' ke unit sebelah untuk bertanyakan sesuatu (of course la pasal kerja) dengan seorang otai. Tak lama kemudian bila balik ke tempat aku, check handset ada 2 miss-call dari office-mate. so aku return call dia balik. Dia takda di ofis sebab ada Klinik Fail Meja kat Tingkat 11. Katanya big boss cari aku; nak kan calculation sheets untuk projek yang sedang big boss semak.

So aku ni tanpa usul periksa terus aja print calculations yang aku buat dan masuk ke biliknya dengan tujuan nak bagi menda alah tu lah.

Tapi rupa-rupanya aku dah tersalah faham. Memang dia nak calculations tapi: "eh, bukan calculations yang tu.. saya nak calculations untuk yang ni (sambil tunjuk drawing 'block diagram').". Respon aku: "oh, ok. Nanti saya cari.. bla.. bla.. bla.."

Moral of the story:
1. Kalau member bagitau korang yang boss cari untuk something, sila jumpa boss terlebih dahulu untuk bertanya lebih lanjut dan untuk confirmkan apa sebenarnya keperluan dan kehendak dia.

2. Tak salah nak buat 'site visit' ke ofis orang lain tapi sila bawa handset korang bersama-sama. :)

Penjejak Mimpi: Time solat.. time handset sedang caj.. time ke 'bilik kecik' sah-sah la tak bawa handset..

0 comments: