Pages

Saturday, February 2, 2013

Tiba-Tiba Rasa Sebak

PAGI semalam aku ke Kompleks Islam di Ipoh untuk menguruskan satu perkara. Lepas daftar dalam buku pelawat, terus aku ke Tingkat 1. Dah ambil nombor dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter. Sementara tunggu giliran, aku hanya memerhatikan pelanggan yang datang berurusan di Pejabat Zakat tersebut. 

Tiba-tiba mata aku tertancap pada kelibat seorang makcik yang bertanya sesuatu pada petugas pejabat tersebut. Aku tidak tahu biji butirnya sebab jarak yang jauh antara kami. 

Tak lama kemudian petugas tersebut kembali ke tempatnya iaitu di kaunter dan menghulurkan bungkusan plastik pada makcik tersebut. Nampak macam bungkusan beras. Sambil makcik tu menerimanya, mulutnya menuturkan kata: "terima kasih encik" sambil dibalas: "sama-sama makcik" oleh petugas lelaki tu. Sebelum keluar dari pintu pejabat, makcik tu mengucapkan terima kasih pula pada petugas di kaunter pertanyaan. Juga dibalas dengan jawapan: "sama-sama makcik".

Saat terpandang keadaan tu aku rasa sebak. Air mata hampir keluar tapi ditahan sebab depan aku ada pelanggan lain. Entah kenapa aku mesti berasa sebak macam tu.. 

Aku sebak sebab terbayang keadaan makcik tu ke.. aku sebak sebab terpancar rasa gembira di muka makcik tu ke.. aku sebak sebab pejabat zakat menjalankan tugasnya.. (sebak sebab happy) ke.. aku sebak sebab apa.. entah.. aku pun tak tahu.. ke aku yang terlalu sensitif? Entah..

Bila sampai turn aku, rupanya aku tersilap pejabat. Pejabat di tingkat 1 tu rupanya untuk Agihan Zakat. Urusan pembayaran zakat di Tingkat 4. So terus aja aku ke Tingkat 4.

Di Tingkat 4, petugas kaunter ialah kak Suzilah; anak kepada kawan lama arwah abah aku. Anak polis lah jugak macam aku ni ha.. Hehe. Sempat berbual kejap bertanya khabar dan selesai urusan terus aku balik.

Sekian sahaja entri aku kali ini yang bertajuk Tiba-Tiba Rasa Sebak. <-- macam skema aja?

Penjejak Mimpi: Kena ingat selalu tak semua orang senang dan mampu. So bantu-membantulah sesama kita.

0 comments: