Pages

Wednesday, October 3, 2012

Badan Rasa Tak Best Pulak.. :(

AKU dah plan dengan dua orang member lama nak bercuti ke Pulau Pangkor Jumaat ni. Ke sana hari Jumaat sampai Ahad. Hari Isnin baru aku balik ke KL.Cuti since last week dah apply dan dah approve pun. Yes!!

Dah lama gak la aku plan dengan dowang nak bercuti. Nak release tension (konon-konon la..). Dan kebetulan projek 'tut' kat KL tu dah setel design stage cuma tunggu review dengan big bos so aku grab aja peluang ni. Then kalau tak sekarang bila lagi aku nak berhapppy-happy dan bersuka ria? Aku bukan apa.. nak kata aku ni gila kerja... tak pun... workaholic... pun bukan.. cuma bila kerja berlambak tu aku agak payah nak ambil cuti. Bukan sebab bos tak approve.. cuma aku sendiri rasa macam tak best kalau bercuti sedangkan kerja berlambak kat ofis.. (huh!! gaya sembang macam la kau tu bos.. padahal kau tu kuli aje cik PM oi!!). Tapi kalau ada emergency case tu terpaksalah bercuti..

Tapi start Isnin baru-baru ni.. tekak aku da start sakit.. badan lak dah panas... selsema lagi... huhuhuhu... Omaigod!! Aku demam balik. Erk!! Macam mana nak berjimba dan bersuka ria kat Pangkor nanti nih? Aku tak kira.. mana pergi ubat demam Klinik Mediviron tu ek? Ubat selsema skali.. Haaa.. jumpa pun! Muga aku cepat sihat supaya dapat menikmati saat-saat gembira sebelum kembali stress dan tension dengan projek baru (yang tak tau bila start kena design..)

Penjejak Mimpi: Nak mengimbas kenangan berbelas tahun yang lalu... :)

2 comments:

Deru Ombak said...

Cik PM..
Auntie pun demam,selesema, batuk, sakit tekak, sakit badan.. Adooiiii!! Nak minum bandung cincau plisss.. :(

Pulau Pangkor amazing.. pM harus Pegi..:)

Penjejak Mimpi said...

Auntie: Kalau gitu auntie kena rehat puas2 di rumah..

Tak sabar nak kesana untuk merehatkan minda... :)