Pages

Thursday, October 4, 2012

Nasib Baik Tak Terpengaruh..

'RUMAH' kedua aku a.k.a ofis terletak di Mid Valley. Dalam Mid Valley ada Jusco. Start semalam dan hari ni Jusco ada J card Day. So berduyun-duyun makhluk tuhan yang punyai J Card memenuhi Jusco. Tidak terkecuali aku. Noktah.

Semalam aku rasa hampir pitam dengan kehadiran orang yang ramai. Kebetulan kesihatan badan aku yang tidak berapa bagus. Tapi alhamdulillah hari ini kesihatan aku semakin pulih. Oh!! Mungkin kerana semangat mahu bercuti melebihi segala-galanya. Ops!! Jangan over cik PM. Sila bersabar! Noktah.

Sebenarnya aku nak cakap sikit aja iaitu aku hampir 'terbeli' Samsung Tab 2.0 di Jusco tadi. Tamat.

Penjejak Mimpi: Aku bersyukur kerana dikelilingi oleh 'penasihat-penasihat kewangan' yang tidak bertauliah. Tq fren.. :)

0 comments: