Pages

Wednesday, October 17, 2012

Rasaku II - Makan Beramai-Ramai

SEMALAM unit aku buat makan-makan lagi. (Ishk!! asyik makan aje unit kami ni kan?) Kali ni ada sorang 'dermawan' yang sponsor makan tengahari. Untuk makan pagi pun macam tu jugak. Kami buat makan pagi dan makan beramai-ramai. Dan minggu lepas, pun unit kami ada buat makan-makan juga untuk menyambut harijadi mereka yang menyambutnya dalam bulan Julai, Ogos dan September. Ishk! ishk! ishk!! memang sah unit kami ni kuat makan.. kan? kan? kan?

Tapi aku berpegang kuat pada pendapat aku sendiri iaitu dengan cara makan beramai-ramai ini dapat merapatkan tali persaudaraan dan persahabatan sesama kita. Tak kisah la apa yang dimakan.. apa yang dijamu tapi dengan cara itulah sebenarnya ikatan itu terjalin. Kita tak perlu menjamu orang lain dengan makanan yang mewah-mewah.. tak perlu ada ayam golek 4-5 ekor.. tak perlu ada kambing bakar seekor.. (siapa yang suka makan kambing tu ok lah.. Ngeee..). Cukup kalau orang A bawak karipap (emmm... my favorite nih!) RM2.. orang B bawak cucur badak RM2.. orang C bawak bihun.. orang D bawak nasi goreng.. bla.. bla.. bla.. Sikit sama sikit.. Banyak sama banyak.. Semua orang dapat merasa walau pun sikit.

Sama juga kalau pergi makan di mana-mana samada di kantin atau restoran atau dimana-mana tempat makan. Bila makan beramai-ramai.. selera tu semakin bertambah dan ikatan tu semakin terjalin.

Jom breakfast sama? :)

Penjejak Mimpi: Aku memang kuat makan. Hehehehehe


6 comments:

Deru Ombak said...

Hi dear..

Morning...betul tu..masa auntie keje pun, dok mkn beramai2 saja laaa.. Seronok Dan mesra.

Cukup asam garam, dengan gelak ketawa, berseloroh, share cerita suka duka..

Makan je la Cik PM.. Janji hepi.. Hoooyeahhh! :)

Penjejak Mimpi said...

Auntie: Kalau dapat makan free semustinya cik PM akan hepi dan senyum hingga ke telinga.. Hehehehe

Bila dapat makan bersama.. kena pulak makan dengan teman yang sudah lama tidak ketemu memang amat menggembirakan.. tak makan pun takpe janji dapat bertukar2 cerita..

p/s muga satu hari nanti sy dapat bertemu dengan auntie... amin.. :)

Anonymous said...

bestnya unit PM...selalu ada buat makan2x......... jeles i

Penjejak Mimpi said...

Anon: Alhamdulillah.. itu yang merapat dan memesrakan kami semua.. :)

muaz_kkgp said...

selamat menjamu selera

Penjejak Mimpi said...

muaz_kkgp: time kasey..