Pages

Tuesday, October 9, 2012

Trip ke Pulau Pangkor: Galeri Pangkor

LAWATAN ke Galeri Pangkor ni time kami nak balik. Check-out dari resort penginapan jam 11 pagi dan ambil kesempatan untuk meronda-ronda dulu sebelum 'Abang Lee' driver 'van' (van teksi berwarna pink) pick-up kami untuk meronda-ronda satu pulau.

Info: Kebiasaannya kalau charter satu van, akan dikenakan bayaran sebanyak RM80. So para pelancong akan dibawa melawat ke Kota Belanda, kilang satay ikan/sotong, tokong Fu Lin Kong; kat sini ada mini Great Wall of China dan giant fish. Ada juga kedai yang menjual cenderahati serta akan di bawa melawat Galeri Pangkor. Sebelum keluar, para pelawat boleh mendaftar dalam buku pelawat di pintu masuk galeri tersebut. Galeri ini ditutup jam 5pm.

Oleh kerana Rose kenal dengan Abang Lee ni, so kami dapat le diskaun sikit. Kami hanya bayar RM50 aja untuk charter satu van. Jimat kan?

Moral of the story; kalau nak kemana-mana destinasi pelancongan pastikan anda membawa seseorang yang arif.. peramah dan dikenali di kawasan tersebut. Hehehehe...

So kat bawah ni ada la sedikit gambar yang sempat diambil masa ke Galeri Pangkor tu.

Nama Galeri Pangkor diambil dari dalam. Lupa nak bagitau; nak masuk galeri ni percuma dan kena buka kasut so sila pastikan kaki anda tidak berbau 'kepam' ye.. Ekekekeke
Mesin jahit zaman dolu-dolu. Nasib baik dah ada invention untuk mesin jahit ni. Kalau tak letih la nak menunggu baju yang ditempah kat tailor. Makan tahun agaknya untuk tempahan sepasang baju. Ngeee...
Maklumat ni sebenarnya adalah untuk gambar di bawah ya tuan-puan..

Watikah Permahsyuran Perjanjian Pangkor 1874. Antara kesan perjanjian ini ialah pembunuhan residen British di Perak iaitu J.W.W Birch. Nak tau detail sila google. Teknologi di hujung jari aja sekarang nih.. :)
Peta Perak tahun 1870an..
Saja aku zoom dekat sikit peta Perak lama nih..
Jangan buang masa ya tuan-puan. Masa tu kan emas?
Cik PM bergambar di sisi Raja Abdullah yang akhirnya dibuang ke Pulau Seychelles selepas kematian Birch.
Seterika zaman dolu-dolu. Guna arang. Hmm.. kalaulah aku kena guna iron ni untuk gosok baju pagi-pagi sebelum pergi ofis.. alamat jam 3 pagi dah kena bangun semata-mata nak gosok baju.. Huhuhuhu
Ada yang panggil ringgit...
Ada yang panggil dollar..
Ada yang panggil baht..
Duit pokok pisang.. zaman jepun 'potong kapara' conquer Tanah Melayu

Hmmm... dah puas tengok gambar duit? Alang-alang tu sila hayati lirik lagu nyanyian M. Nasir yang bertajuk 'Duit'. Perhatian tuan-puan.. kami tak nyanyi pun lagu ni dalam van Abang Lee time melawat Galeri Pangkor tu. Radio dalam van Abang Lee pun tidak berkumandang langsung lagu 'Duit' nih. Saja aku attach lirik lagu ni. Ada makna tuuuu....

Lirik Lagu Duit – M Nasir

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

P/s Patutnya entri 'first day di Pangkor' dulu keluar tapi macam biasalah.. nak kena sort dulu gambarnya so lepas ni lah kot baru dapat keluar entri berkenaan. Sekian.

Penjejak Mimpi: Tak puas menyusuri pantai lagi...

0 comments: