Pages

Thursday, October 11, 2012

Aku Hanya Manusia Biasa

SEBENARNYA terpulang pada kita samada mahu punyai mentaliti kelas A, B ataupun C terhadap kerja dan tanggungjawab yang digalas. Kalau tanya pada aku, semestinya aku memilih untuk mempunyai mentaliti kelas A dan rasa kebertanggungjawaban yang tinggi terhadap amanah yang dipegang.

Tapi pada masa yang sama aku perlu akui bukan senang untuk membina dan mengekalkan rasa kebertanggungjawaban yang dimaksudkan. Terlalu banyak 'obstacle' yang perlu ditempuhi dan dilalui yang datang dalam pelbagai cara. Segalanya bergantung kepada kekuatan dan keampuhan diri kita sendiri.

Dan sebagai manusia biasa; kadang-kadang rasa putus asa mula menguasai diri bila merasakan yang diri ini sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang. Sesekali rasa mengalah itu pasti hadir.. :(

Aku tahu hanya orang yang lemah aja yang akan mengalah.. dan orang yang mengalah ialah orang yang tewas tapi apakan daya.. aku hanya manusia biasa. Aku tidak dapat nak menghalang seandainya rasa mengalah itu mulai hadir dalam diri aku di saat ini. Aku juga tidak dapat nak menghalang seandainya rasa putus asa itu mulai hadir dalam diri aku di saat dan ketika ini.

Ya.. memang benar kita semua diberi peluang dan pilihan untuk memilih jalan yang kita kehendaki. Dan di saat ini, aku memilih untuk mengalah dan menjadi orang yang tewas....

Penjejak Mimpi: Izinkan aku 'tenggelam' dalam dunia aku sendiri buat seketika..

2 comments:

Deru Ombak said...

Kenapa ni dear..

Inferiority complex dalam wajib di kurangkan Dari hari kehari.. Menghadapi cabaran hidup bukan suatu perkara yang mudah. Kekuatan mental Dan Fizikal perlu Ada dalam diri kita, juga bukan satu perkara yang mudah untuk di bina dalam saraf Dan nadi kita.

Ada ketika kita Akan merasa putus Asa, kerana kita manusia biasa yang beremosi, Ada ketika kita Akan merasa bahawa dunia ini tidak adil.

Kita tidak boleh lari Dari ranjau Dan kerikil tajam kehidupan. Di mana banyak ketikanya kita perlu redah. Laluilah dan dahapi setiap obstacle itu dengan kuat, cekal Dan tabah, kerana pasti di hujung perjalanan itu nanti Ada sebuah taman bahagia menanti..

Auntie Dari jauh membiarkan kamu melayan emosi seketika. Tapi jangan lama2 okeh.

Penjejak Mimpi said...

Auntie: Thanx auntie.. Dah recover sket2 nih.. :)