Pages

Wednesday, June 27, 2012

Odit Tak Sudah-Sudah..

HARI ni aku rase semacam aja. Sebelum masuk opis kepala aku dah start pusing. Pening memikirkan sesuatu. So time breakfast aku malas nak cakap banyak. Sembang tu adalah sembang juga cuma tak lah 'kepoh' macam biasa.

Di ofis, aku sibuk update fail projek sebab next week ada odit SPK. Aku dah memilih untuk update fail projek yang sedang aku dan 'rakan' work-out. Ada dua jilid tapi sebab baru di peringkat design so kuranglah 'cengkadak'nya. Aku update sendirian so cepatlah siap. Kiranya kurang sejam siap dah kerja aku tu. Lepas tu aku bz kan entah apa-apa. Aku pun tak tahu apa yang aku bz kan. Semuanya kerja yang bukan hakiki.

Kalau ikut plan asal, hari ini ada odit tentang Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan tapi at last kensel. Ok jugak tu. Bosan kalau asyik buat odit aja. Macam kami ni takda kerja!

Lepas odit SPK minggu depan.. ada odit 5S pulak. Argghh!!! letih la. Kemudian dengarnya nanti ada lak miting KIK. Haishh!!

Tu lah peliknya kadang-kadang aku rasa.. bila target tak boleh achieve.. kena marah. Bila kerja yang dibagi tak boleh meet dengan dateline.. kena bambu. Bila itu dan ini.. kena ini dan itu.. Kemudian keluar lak statement "penyampaian kurang berkesan".. Last-last kata kakitangan awam ni makan gaji buta pulak! Abeh camno?

Penjejak Mimpi: Kepada mereka yang berkenaan.. kalo ye pun nak fotostat entri aku (dengan niat kebaikan) boleh tak minta izin aku dulu? Tetiba aja terpampang atas softboard tu ada apa hal?

8 comments:

no name said...

ko-ko lagi banyak dari buat projek, so macammana projek nak siap cepat?? sengalll....

Nur Danisha said...

stress dgn audit..slasa depn real audit MPC utk 5S..boring tiap tahun bnde yg same

no name said...

betul, tiap2 tahun benda yang sama. motifnya untuk dapat nama dan bermegah2..

Penjejak Mimpi said...

No name: Tau takpe. Kekadang tu seharian tak sentuh hal projek.. ada apa hal?

Penjejak Mimpi said...

Nur Danisha: Kat sini pun sama gak. Next week ada odit SPK lak. Bosan

Penjejak Mimpi said...

No name: Yang letihnya kuli2 cam kita ni la..

no name said...

ye la, kuli macam kita ni la yang letih (tu la, siapa suruh jadi kuli)hehehe
ada group tu tahan, engineer nak jugak tolong2. tapi kalau tempat aku ni, jangan harap la.. duduk kat tempat sendiri, then pura2 sibuk. macam sialll!!!

Penjejak Mimpi said...

No Name: Wah!!! marah betul ko nih...