Pages

Friday, November 25, 2011

Terpilih Ke?

ERK!! Ni bukan terpilih untuk ke anugerah juara lagu ke.. atau anugerah cemerlang ke atau anugerah ape-ape.. tak.. ni langsung takde kene mengena dengan anugerah. Ni aku nak sembang pasal keje.

Keje aku overallnye ialah melukis. Tapi bukan sebarang lukisan yang dilukis. Lukisan yang berkaitan dengan elektrik; pendawaian.. trunking.. bla.. bla.. bla.. dan bla.. bla.. bla.. Untuk projek RMK-10 ni memang kurang so projek yang nak dilukis pon kurang la, kan? Bukan takde.. ade.. nanti hangpa yang keje swasta kate orang gomen makan gaji bute lak, kan?

Aku dan due orang member lagi nampak gaye da dapat 'tender' untuk buat drawing sume pojek kuarters standard. Setiap sorang baru setelkan drawing memasing; kelas D dan F. Lepas-lepas ni ade lagi la yang nak kene draw. Cumenye drawing aku jek yang belum sempat direview oleh committee. So wat mase ni aku memang totally free dari membuat drawing. Kalo lepas direview, sah-sah ada perubahan dan pembetulan. Time tu aku sah-sah sibuk (sibuk ke atau buat-buat sibuk? Ekekekekeke)

Selain kami tiga orang, yang lain buat projek bangunan pejabat. Best tuh. Lagi mencabar dari buat kuarters ni. Aku cakap gitu sebab setakat ni aku asik buat kuarters untuk kelas F pangsa; F16 dan F47. Design tak banyak beza.. :(

Untuk projek bangunan pejabat; lagi besar bangunan tu.. lagi adventure.. lagi banyak mende buleh blaja. Tapi buat kuarters ni pon sebenonye same jek. Buleh blaja banyak juge sebab bukan same design antara setiap satu kelas dengan kelas yang lain.

Memule aku komplen gak sebab orang lain dapat buat projek bangunan sedangkan aku duk asik mengadap kuarters ajek. Pastu kawan aku balas; "eh, ok la tu. Ko terpilih buat kuarters. Waris terpilih" sambil gelak. Aku balas: "waris terpilih ke waris jari hantu?". Bla.. bla.. bla..

Penjejak Mimpi: "Takde beza buat kuarters atau bangunan pejabat yang lain. Sama.. Keje tetap keje.. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Ko ni PM, ngengada, kan?"

6 comments:

MamaEma said...

bukan sebarangan orang buleh draw kan...

Hanis MY said...

wee hebatnya.. satu hari nanti leh bukak firm sendiri

ummimirza said...

terpilih ler sgttttt....

Penjejak Mimpi said...

MamaEma: Tau takpe.. sniff.. sniff (idong kembang kempis..)

Penjejak Mimpi said...

Hanis: Gulp!! Bukak firm? Err.. err...

Penjejak Mimpi said...

Ummimirza: Tu la pasal..