Pages

Sunday, November 11, 2012

Pameran Raja Kita

PADA Sabtu (3hb Nov) lepas aku dan anak buah (Ekin) berpeluang ke Istana Negara (lama) di Jalan Istana untuk memenuhi hasrat dan cita-cita untuk ke Pameran Raja Kita. Pameran tersebut yang bermula pada 15hb April dan berakhir pada 31hb Disember ini diadakan sempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pengenalan kepada Pameran Raja Kita:

Ianya diadakan sebagai pendekatan untuk memperkenalkan dan merapatkan lagi hubungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah dengan rakyat jelata. Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan yang mempunyai kuasa, fungsi dan ciri-ciri istimewa yang tersendiri turut dipaparkan dalam pameran ini, Semoga pameran ini dapat memberikan manfaat dan menyedarkan semua pihak agar konsep ini terus terpelihara hingga ke generasi akan datang sebagai lambang kedaulatan negara yang memayungi setiap rakyat negara ini.

Objektif Pameran:

1. Menjelaskan peranan dan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan dalam sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.

2. Memperkenalkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kepada rakyat jelata sempena perlantikan baginda pada 13 Disember 2011.

3. Memperkukuh semangat cinta akan negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. Memaparkan kepentingan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan sebagai tonggak kepada kedaulatan, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian dan pembangunan negara.

5. Mempertahan kegemilangan dan kedaulatan Institusi Yang di-Pertuan Agong yang diamalkan di negara ini.

(Sumber: Dari flyer pameran ini).

Ok, cukup kita berskema setakat ini. Sekarang time aku berkisahkan hal kami anak beranak pulak.

Kami bertolak ke sana macam biasa naik cab aja dari KL Sentral. Sebelum tu 'berjinggut' tunggu anak buah aku tu sampai dari Nilai. Dia naik ERL dari KLIA lepas parking kereta kat situ. Sementara menuggu dia sampai, aku shopping buku dulu di KL Sentral yang ada ekspo buku.

Sampai aja Ekin, kami makan dulu di RasaMas. Ekin belanja. Kali ni aku pulak 'pow' dia. Hahaha.. Asyik mak sedara aja yang kena 'pow' so sesekali biarkan anak buah pulak kena 'pow'. Barulah adil dan saksama.. itulah dinamakan 'demokrasi terpimpin'. Kan?

Perut dah kenyang so kami terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Istana Negara. Sampai di sana sekejap aja. Aku rasa tak sampai 15 minit sampai. Masuk adalah percuma tapi untuk kamera dan video dikenakan caj RM2 ke RM10.

So kat bawah ni gambar yang kami anak beranak sempat snap selama 2 jam kami kat sana. Ada gambar yang diambil guna kamera aku dan ada yang diambil guna handset aku. So enjoice..

Singgahsana pertabalan YDP Agong yang first. Simple giler!!
Tulisan "Allah Jua Berkuasa" pada salah satu darjah kebesaran
Salah satu keris kebesaran yang dipamerkan
Nobat
Cik PM bergambar kat depan singgahsana. Setakat bergambar je lah. Tak boleh ngengada nak duduk lak situ!
Kalung di-Raja
Rakyat dan raja berpisah tiada..
Antara koleksi kamera YDP Agong
Ekin bergambar di samping persalinan RP Agong
Pasport RP Agong; antara barangan yang ada dipamerkan. Orang Perak asal baginda. Ehem.. ehem..
Pemandangan di belakang laluan ke tandas. Dah la hujung lokasi tandas tu lepas tu nak kena turun tangga lak. Seram tu tak la sebab Ekin ada. Kalau tak aku tak pergi kot. Seram makcik!! (Chicken ke aku ni ha?)
Ekin bergambar di depan pintu masuk ruang pameran. Pameran ni diadakan di ruang balairong seri. Sebelum tu kena bukak kasut ye.. Tempat kasut ada disediakan di depan pintu masuk.
Chandeliar yang ada di dalam ruang pameran. Cantik kan?
Bekas watikah
Hukum Kanun Melaka. Apa mendanya? Sila google sendiri.
Hukum Kanun Laut Melaka. Detail? Macam biasa google sendiri. Kalau semua nak disuap bila nak maju?
Model Istana Negara Baru Jalan Duta. Istana baru ni aku pernah masuk sekali. Masa tu tengah construction. Aku pergi sebab ada site visit ke situ
Ehem ehem.. ni lah sultan teman; Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan RP Bainun
Ekin bergaya berlatar belakangkan gambar Sultan Trengganu. Adakah??
Aksi duduk selepas penat berdiri. Err.. sebenarnya aku sendiri tak tahu apakah speselnya meja dan kerusi ini sebab tiada sebarang info berkenaannya. Jangan marah ha.. :)
Aku duduk dia pun nak duduk. Peniru betul anak buah aku ni. Errr.. sebenarnye dia yang duduk dulu bergambar lepas tu aku. Kiranya aku la peniru aksi dia kan? Kan? Kan?
Cik PM disamping persalinan di-Raja
Pending di-Raja. Ala.. pakai kat pinggang tuh..
Singgahsana dari jauh
Keris kebesaran di-Raja
Warkah Ikrar pertabalan YDP Agong untuk kali kedua
Lafaz Ikrar pertabalan yang pertama
Tengkolok
Ar-Rohim.. Ar-Rohman..
Deretan nama-nama Allah. Perasan tak?
Al-Jabbar.. Al-Qahar.. Ar-Rozaq..
Anak beranak. Guna timer kat kamera. Setting betul-betul.. set time 10 seconds.. lepas tu berlari berdua kat depan kamera.. Lawak giler sebab kena try test berkali-kali baru menjadi. Takde orang lain nak diminta tolong..
Pakaian istiadat pertabalan. Digelar sebagai Muskat
Aku keseorangan... uhuk.. uhuk...
Inilah yang dipanggil Cop Mohor Besar Raja-Raja ye tuan-puan.. Ingatkan kecik jek rupanya besar..
Koleksi jam YDP Agong. Kalau setakat jenama jam Swatch tu tak masuk list der.. :(
Sebelum keluar tu kalau rajin daftar lah nama di dalam buku daftar pelawat. Aku tengok ramai gak pelancong asing yang datang melawat. Hmmm... korang yang bukan bergelar pelancong asing tu bila lagi? Ehem ehem...
Istana dari luar. Time ni macam mendung aje kan? Biasalah.. cuaca tak menentu sekarang. Yang jemur kain kat luar tu dah angkat ker kain? Nanti tak sempat kutip dah hujan.. (<-- nak ingatkan aje..)


Dah dah.. moh balik. Ate kome nak tido kat dalam tu ker? Ishk!! teman idok le berani weh!!
Pada sesiapa yang belum pergi tu.. aku cadangkan pergi la melawat ke sana. Bawak sekali anak-anak. Bagi pendedahan kepada dowang betapa istimewanya sistem pemerintahan negara kita ni. Betapa uniknya Malaysia. Bukan selalu pameran semacam ini diadakan.. 

Penjejak Mimpi: Suka tengok pameran.. :)

4 comments:

Nur Danisha said...

xsmpi lg ke pmern tu..hr tu ayh n adik2 ada pi..almaklum le ayah sy ni pemint sjrh trutama hal raja2..xdpt nk joint gi tgk.

Deru Ombak said...

Gud..Gud..

Tak semua anak muda mcm Cik PM rajin ke pameran begini.. Syabas!

Penjejak Mimpi said...

ND: sementara ada peluang ni bwk le ank2 tu.. tp awk pn dgrnye tggu ari kn? mg slmt semua.. amin.. :-)

Penjejak Mimpi said...

Auntie: sy mmg suka nk gi tgk pameran cegini. Bkn slalu ada peluang mcm ni. Kalau bkn kt yg bg sokongan, sp lg?