Pages

Thursday, November 22, 2012

Esok Hari Jumaat. So?

SIAPA lah yang tak tahu esok hari Jumaat? Rasanya semua orang tahu. Appa da..

So apa yang istimewanya Jumaat tu? Selain dari ianya adalah penghulu segala hari, hari Jumaat juga selalu ada tazkirah kat cawangan kami. (Apa lah yang aku meraban kan nih?)

Sebenarnya esok adalah hari untuk aku submit drawing satu projek tu. Tapi lepas discuss dengan second boss dua hari lepas... mungkin extend ke minggu depan. Habis tu dah maklumat pun tak cukup so macam mana nak setel? (<-- tu adalah alasan cik PM semata-mata. Ya! cik PM suka memberi alasan!)

Ada 3 drawing aku kena sediakan. Sekeping dah siap. Sekeping lagi just tunggu nak 'make-up' untuk final touch.. (<-- macam nak mekap orang lak!) dan yang lagi sekeping tu schematic drawing.. Yang ni ... hmmm... dah sketch on paper sikit-sikit... idea tu ada dalam kepala otak ni.. cuma tak transfer dalam autoCad aje..

Second bos dah bagi idea sikit-sikit.. Lain-lain aku kena setelkan. Tapi tu lah.. lately aku memang takda mood nak buat drawing. Ntah apa-apa kan? Kat ofis aku buat la kerja. Bukan tak buat langsung. Kat rumah langsung tak sentuh drawing. Duk usung drawing tu balik umah... usung balik ke ofis tapi habuk pun tarak! Hampeh!! :(

Tapi walau apa pun... target aku esok mesti siap semua. Kalau tak 100% siap, 90% setel pun dah ok. So cik PM... caiyok! caiyok!!

Penjejak Mimpi: Jom buat kerja sampai lebam!!

0 comments: