Pages

Monday, November 19, 2012

Gasing

MASA selongkar barang dalam kotak semalam aku terjumpa dengan gasing. Gasing ni aku beli masa bercuti makan angin di Sabah satu ketika dulu. Harganya? Entah.. dah lupa. 

Sebenarnya time aku beli gasing ni aku bercadang nak bagi kat abah. Aku tau abah memang suka benda-benda macam ni tapi tu lah.. setiap kali balik kampung aku lupa nak bawak. Sampailah abah aku dah takde; gasing ni masih dalam simpanan aku.. :(

Gasing ni akan mengeluarkan bunyi seolah-olah berdesing bila dipusingkan. Lubang empat segi tu lah yang mengeluarkan bunyi. Ada caranya nak main gasing nih. Nak lilit dan putarkan gasing tu sama macam dengan main gasing jenis lain tapi samada lilit tali tu dari bawah ke atas atau dari atas ke bawah. Silap lilit gasing tu tak akan keluarkan bunyi walau ianya tetap berpusing....
Inilah rupa gasing yang aku ceritakan kat atas tu.

Sebenarnya aku ada satu perasaan yang 'kurang enak' bila tengok gasing tersebut. Ntah.. perasaan ingat kat abah aku pun ada.. Ke aku yang terlalu sentimental?

Penjejak Mimpi: Sesiapa yang masih ada abah tu; kalau korang rasa nak bercerita dengan abah korang... berceritalah.. Kalau ada rasa nak belikan sesuatu.. nak beri sesuatu kat abah korang... belikan lah.. berikan lah.. Apa ajelah korang nak buat dengan abah korang.. buatlah.. lakukan lah.. sebelum terlambat...

0 comments: