Pages

Wednesday, November 28, 2012

Mana Handphone Saya?

Ni lah rupanya SE Experia Arc aku tu. Gambar songlap dari Google Image
HARI ini aku dan Umai lunch di Pancake House. 

Menu macam biasa tanpa melupakan classic pancake 2 keping.

Lepas bayar terus ke Speedy Video.

Nak survey harga set DVD Greys Anatomy.

Dah survey menuju ke lif untuk naik ke ofis.

Tiba-tiba terpacul soalan: "Eh, mana henfon saya ha?"

Rasa panik menyerang. Serius!!

Terus jalan cepat-cepat menuju ke restoran Pancake House.

Umai tertinggal kat belakang.

Tak kira! Janji henfon selamat.

Tempat kami makan tadi dah ada customer lain. Of course lah!

Ke kaunter.

Soalan: "Adik, ada tak sesiapa terjumpa henfon? Henfon saya tertinggal."

Soalan balik: "Akak duduk meja mana?"

Jawapan: "Meja hujung. Nombor meja tak ingat!"

Doa sangat-sangat henfon tu ada. Ya Allah.. 

Soalan: "Henfon apa?" Sambil tersenyum sikit.

Jawapan: "Sony Experia. Cover hitam". 

Masih berharap ada sinar di hujung jalan. Huhuhuhu..

Sambil bukak laci dan serahkan henfon aku.

Ya Allah!! Alhamdulillah!!

"Terima kasih banyak-banyak dik. Siapa yang jumpa?"

"Orang-orang kat depan tu lah.."

"Ok, Tolong cakap kat dia saya ucapkan terima kasih banyak-banyak".

Alhamdulillah..

Tak dapat nak imagine kalau henfon hilang. Memang tak nak imagine pun!

Henfon hilang boleh beli lain tapi info di dalam yang lebih penting! 

Henfon = nombor telefon = personal organiser = alarm clock

Pada insan yang jumpa henfon aku, muga tuhan sentiasa merahmati anda! Terima kasih.

Penjejak Mimpi: Rehatkan minda yang letih mengadap drawing sekolah.. :(

2 comments:

ida said...

alhamdulillah jumpa balik...kalau x, nyah kena beli hp baru la nyah...mengalir lg duit...

Penjejak Mimpi said...

ida: itu lah pasal nyah.. naseb bek jumpa. kalo tak alamat mak sambar dulu lah galaxy tab tu.. rock uwww!! muahahaha..

tapi kan nyah.. yang penting info kat dalam tu.. apa guna henset baru tapi sume info hilang? x rock la.. :-(