Pages

Monday, November 5, 2012

Ekspo Buku Islam di KL Sentral

HUJUNG minggu baru-baru ini di KL Sentral ada diadakan Ekspo Buku-Buku Islam. Startnya aku tak pasti tapi berakhir pada 4hb November yang lalu. 

Pada Sabtu tu aku dah berjanji dengan anak buah aku; si Ekin untuk ke Istana Negara (lama) untuk ke Pameran Raja Kita. Kami berjanji untuk berjumpa di KL Sentral aja so sementara menunggu Ekin tiba dari Nilai, aku pun ambil kesempatan untuk meronda-ronda sambil meng'usya' mana buku yang best.

Mula-mula aku tengok-tengok dulu tajuk buku yang best lepas tu baru pilih. Ada diskaun 10% dan ada juga diskaun sebanyak 20%. Usya punya usya.. pilih punya pilih.. akhirnya aku telah memborong 5 buah buku termasuk 1 buku resepi (<-- sila jangan gelak ye..). Semua buku yang aku beli ada diskaun 10%.

Kalau ikutkan ada lagi buku yang aku rasa nak beli tapi memandangkan lepas tu kami nak ke tempat lain pulak so terus aja aku kenselkan niat tu. Berat woo semua buku tu. Nak 'rebeh' dah bahu aku ni ha tapi sebab ilmu takpelah.. :)

So buku-buku yang aku beli ialah:
1.  Menjejaki Jalan Takwa oleh Mohd Rizal Azman Rifin. Terbitan Mustread. Harga RM18.00
2. Chicken Soup for The Soul (Edisi Bahasa Melayu) oleh Jack Canfield, Mark Victor Hansen & Amy Newmark. Terbitan PTS. Harga RM27.00
3. Makanan Laut oleh Chef Sarji. Terbitan PTS. Harga RM5.50
4. Memilih untuk Bahagia oleh Nor Hayati Sapii. Terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Harga RM19.00
5. Yakjuj & Makjuj oleh Muhammad Alexander. Terbitan PTS. Harga RM31.50

Sebabkan ada diskaun sebanyak 10% so total semua ialah RM90.90. Hmmm... berbaloi kan? 

Balik dari tengok pameran tu, kami ke KL Sentral balik sebab itulah transit kami anak beranak. Hahahaha... Lepas tu turn Ekin lak memborong buku. Sementara dia memborong, aku duduk kat area orang beli tiket ETS sambil membaca buku yang baru dibeli. Semangat buku baru la katakan...

Ekin lak beli 3 buah buku yang bertajuk "Fatwa Jin & Sihir", novel jiwang karat "Yang Indah hanya Mimpi" karya Sharifah Abu Salem dan novel jiwang karat juga iaitu "Bisik-Bisik Cinta" hasil nukilan Fauziah Ashari. 

Selain tu ada juga acara lain yang diadakan masa ekspo tu macam demo masakan dan ada artis jemputan macam Irma Hasmie, Diana Amir, Sami Yusof dan Hafiz Hamidun. Ada jugak jemputan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Kami cuma sempat tengok demo masakan oleh Chef Haneliza aja. 

Lepas makan untuk kali kedua pada hari tu, kami pun berpisah dan balik ke 'sarang' masing-masing sambil memasang niat untuk menghabiskan pembacaan untuk buku-buku yang dibeli.

Nota: Baru je pinjam buku dari Puan Azira yang bertajuk "Menangani Individu Sukar" tapi nampak gaya kena hold dulu. Nak habiskan buku Chicken Soup of The Soul dulu. Ok tak?

Penjejak Mimpi: Suka membaca .. :)

2 comments:

ida said...

rindunya nk g kedai buku...MPH ke...Borders ke..Popular ke...xkisah la...kat Trg ni kedai buku hanya menjual buku2 utk budak2 skolah je...xpun novel cintan cintu (yg mana mak mmg xbaca)...sedih bila msk kedai buku kt sini...bila ingat kedai buku, terus rasa nk pindah blk ke KL...tp bila ingt nikmat lain2 yg Allah bagi, syukur skrg keje kt KT...

nyah, rindu lerr nk lepak2 dgn nyah...ari tu g KL xsempat nk jmp..

Penjejak Mimpi said...

Nyah.. pe salahnya layan buku bebudak tu.. nak release tension kata orang.. keh keh keh..

Turun la KL nyah oii.. boleh kita gi 'cucuk langit' sesama.. Ngeh3x