Pages

Tuesday, July 24, 2012

Juadah Orang Bujang

TIME break aku dah janji nak pergi JJ dengan sorang member. Elok juga. Keluar sekejap dari ofis tu. Otak aku dah tepu sesangat bila asyik mengadap drawing.

So di JJ aku tak lah borong apa pun. Just beli barang-barang basah untuk masak petang karang. What? Cik PM masak? Biar betul nih? Betul. Cik PM masak untuk berbuka puasa hari ini. Janganlah buat-buat terkejut pulak ye tuan-tuan dan puan-puan..

Ehem.. ehem.. apa agaknya yang aku masak ek? Gara-gara disebabkan entri ini so aku telah mengambil keputusan untuk sediakan masakan ayam masak merah aja. Kawankan dengan tempe goreng. Senang dan ringkas. Lagipun aku bukan nak jamu orang. Untuk tekak sendiri aja. Airnya pulak aku sediakan air teh apple. Ala.. yang brand Lipton tu..

Err... sedap ke? Entahla.. sendiri masak.. sendiri makan.. So apa yang nak dikisahkan sedap tak sedap.. Betul tak?

Macam nak jamu orang aje...
Nota 1: Juadah di tepi meja sebab meja penuh dengan laptop dan kertas-kertas hal kerja. Ekekekekeke

Nota 2: Ada la pulak tempe hangus. Gara-gara leka sidai baju.. Multitasking lah konon-kononnya... :P

Penjejak Mimpi: Perasaanku sungguh rasa tak best di ofis tadi.. :(

4 comments:

no name said...

perasaan x best, apakahhh????

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Cik PM..
Lama anty tak jenguk dia kat sini.. Selalunya die dok kalut dengan drawing, Kali ni dia jadi chef ye?

Neway. Selamat menjalani ibadah puasa k. Stay kewl!!

Penjejak Mimpi said...

No Name: Ntahla.. susah nak diungkap dengan kata2..

Penjejak Mimpi said...

Aunty: Sekali sekala jadi chef. Ingat nak lawan Dato' Fazli jadi Masterchef Selebriti.. Ekekekeke..
Drawing tu selagi tak tender memang akan selalu kalut.. :(

Selamat menjalani ibadah puasa juga untuk Aunty.. :)