Pages

Monday, August 15, 2011

Yonex BWF World Badminton Championship

FIRTST of all aku nak ucapkan tahniah pade hero negare kite; Datuk Lee Chong Wei untuk kejayaan die menjadi naib juara dunia dalam final semalam. Dia tewas di tangan 'Super Dan' dengan kiraan mate rubber set (aku tak ingat point dowang). Walaupon tewas, ternyate die bertarung habis-habisan malam tadi. Aku memang tabik spring la pade die. At least die mencube bersungguh-sungguh dan tewas sebagai 'anak jantan'.

Final semalam start jam 7.30pm (waktu Malaysia) so memandangkan aku peminat badminton so lepas berbuka dan bersolat terus aje aku layan tv2. Sume game aku layan malam tadi start dengan game antare beregu wanita (China (Wang Xiao Li & Yu Yang) vs China (Tian Qing & Zhao Yun Lei)), single lelaki (Malaysia (Datuk Lee Chong Wei) vs China (Lin Dan)), single wanita (China (Wang Yihan) vs Chinese Taipei (Cheng Shao-Chieh)), beregu lelaki (China (Cai Yun & Fu Hai Feng) vs Korea Selatan (Ko Sung-Hyun & Yoo Yeon-Seong)) dan mix double (China (Zhang Nan & Zhao Yun Lei) vs Great Britain (Chris Adcock & Imogen Bankier)). Sume game dimenangi oleh pemain China. Hebat giler dowang nih.. :)


Tapi apepon, tahniah juge untuk pemain wanita Chinese Taipei; Cheng Siao Chieh yang layak ke final dan membuat kejutan dalam pertandingan badminton yang telah diadekan di London. Tak lupe juge kat pasangan dari Great Britain (Chris Adcock dan Imogen Bankier) yang juge layak ke final untuk pertame kali. Imogen ni pon terer gak main depan jaring..


Memang hebat-hebat belaka dowang ni. Pemain China tak yah nak puji sebab dowang memang terer. Nampaknye lepas ni ade muke-muke baru yang akan mewarnai persada badminton dunia samada lelaki atau wanita termasuklah pemain dari India. At least takde le asik-asik muke tu aje kan?


Apepon, wiken aku kali ni memang sonok dengan menghabiskan masa di depan tv dengan menonton badminton semi final 1, semi final 2 dan final (tapi ade gak keadaan tv tengok aku.. ngantuk beb). Hehehehehe


p/s Cume Malaysia jek yang nampaknye ketandusan pemain berbakat. Nape agaknye ek?


Penjejak Mimpi:
Memang peminat pasukan badminton China tapi sokongan untuk Malaysia tetap tidak berbelah bahagi.. :)

2 comments:

mary ann ;) said...

datuk chong wei tetap da best! ;)

Penjejak Mimpi said...

Ann: Betul tu.. :)