Pages

Tuesday, February 28, 2012

Expo Buku Islam 2 di Putrajaya

SABTU lepas aku dan family adik aku ke Putrajaya; untuk bersama-sama memeriahkan Expo Buku-Buku Islam yang sedang dilangsungkan dari 24hb Februari hingga 4hb Mac.

Memula sampai tu, memang tercangak-cangak kami cari lokasinya. Tau expo tu diadakan di Dewan Cempaka Sari tapi langsung takda banner atau banting. Ada jugak kami bertanya kat orang dan ada yang orang bertanya pada kami. At last tanya pada tukang sapu kat situ. Haa.. baru la jumpa. Appa da...

Well, kat situ nak kata ramai sangat pengunjung.. boleh tahan la. Booth pon banyak. Kalau tak silap 100 booth disediakan. Aku macam biasa jenjalan dulu seround-dua. Actually masa singgah first booth tu pun da jumpa satu buku yang berkenan tapi relax dulu... kita pusing-pusing dulu (<-- adik ipar aku bersuara).

Jalan punya jalan.. pusing punya pusing.. aku beli dua buah buku aja. Adik aku yang borong sampai 4-5 buah buku. Entah la.. mungkin sebab aku dah selalu ke pesta buku so keinginan nak memborong tu da kurang. Sementelah ada beberapa buku lagi yang masih menunggu untuk dibaca.

Pastu singgah ke booth Aman Palestin beli key chain, button dan tali apa ntah namanya. Ala.. tali yang sangkut kat leher tu.. boleh sangkut tag/pas nama tu. Oh ya.. kat situ juga kita boleh menderma ke Tabung Palestin dengan cara membeli kupon yang bernilai RM5, RM10, RM50, RM100 dan RM150. Segala wang yang diterima tu akan di salurkan samada untuk pendidikan anak-anak Palestin ataupun untuk keluarga miskin Palestin.

Sebelum aku lupa, boleh dapatkan sebarang maklumat lanjut pasal Tabung Palestin ni melalui:

i) emel :amanpalestin@yahoo.com


iii) no tel: 03-8926 7019

Dah penat memborong, kami singgah Alamanda untuk makan dan lepas tu dowang hantar aku balik rumah. Yang pasti, memang best sebab dapat jumpa dengan si kecik yang comel tu; Qalesya...

Penjejak Mimpi: Napa aku ngantuk sangat pagi nih?

1 comments:

FD said...

MAI PUTRAJAY X HABAQ NOH..SY PN BELUM BKESEMPTN LG PEGI PAMERAN BUKU TU..HARI2 DOK LALU CTU JA..AMIK ANAK2 DR SEKOLH TP XSINGGAH2..INSYA'ALLAH AKN JENGUK JUGAK