Pages

Friday, February 24, 2012

Berlari..

AKU paling tak suka berlari..

Masa sekolah rendah dulu.. bila time Pendidikan Jasmani.. cikgu suruh berlari.. aku antara orang yang terakhir sampai ke garisan penamat. Sekolah menengah pun camtu jugak. Aku benci disuruh berlari.


Kiranya masa sukan sama ada sekolah rendah ataupun menengah.. jangan dicari muka aku untuk acara 100m.. 200m.. ataupun lebih dari itu.. muka aku sah-sah takda. Aku memang tak suka berlari.


Bila induksi.. ada acara berlari-lari pun.. sama juga keadaannya.. aku memang sah-sah antara orang yang terakhir sampai. Sebab? Kan dah kata aku tak suka berlari?


Tapi..


Bila da kerja di KL ni.. guna transport awam.. nak tak tak aku kena berlari.. berlari mengejar lrt STAR.. berlari mengejar komuter (yang tiba awal dari waktu biasa).. kadang-kadang berlari untuk naik lrt Putra.. janji dapat masuk ke lrt ataupun komuter seterusnya sampai ke destinasi.

Tak pun berlari naik eskalator.. berlari naik tangga.. berlari masuk ke opis untuk punch card.. Tak kisah la berlari-lari anak ke.. berlari-lari kakak ke.. janji berlari..
Dulu tak suka berlari.. sekarang kena suka berlari. Kalau tak suka berlari.. alamat ketinggalan la...

Nota: Picture diambil dari Mr Google.


Penjejak Mimpi:
Lari kejar transport awam.. ok. Lari dari masalah.. tak ok.

3 comments:

Mama Ema said...

ema time sekolah ambil acara larian..suka..tp sekarang nak lari pun dah tak larat..hehehe

Penjejak Mimpi said...

Ema: Sy pon tak larat juge tapi terpakse dilaratkan juge.. hehehehehe

Anonymous said...

Di-zaman saya maseh kanak2 nak masuk remaja dulu saya sering melakukan ber-lari2 kambing.
Dahulu memang saya seorang penternak kambing.Waktu tengah hari kambing ini di-lepaskan untuk menchari makanan sendiri.Bila tiba petang hari kambing2ini akan balik ke-kandang dengan sendiri-nya,tetapi ada juga se-ekor dua yang tidak ada displin, terpaksa-lah saya menchari di-sekitar hutan belukar yang berdekatan.Sebaik ber-jumpa saya terus mengiring kambing2 ini keluar dari hutan sebelum senja yang gelap menjelma,takut2 kok kalau di-sorok oleh HANTU KOPEK.Sambil ber-lari2 kambing terus saya mengiring kambing saya ke-kandang.Sekian cherita saya ber-lari2 kambing.