Pages

Monday, June 14, 2010

Selamat Pagi Kuala Lumpur..

Salam..
JAM dah pon pukul 1.43am. Aku lom lagi tido. Tengah pening hal aset ni. Sebenonye aku da update separuh tadi. Stat jam 11pm. Tak tengok pon cite fevret aku; American Chopper... :(
Esok kene abehkan lagi separuh update kewPA-7 tu. Pening aku kalo pikir pasal aset ni.
Skang ni sambil aku update blog ni, aku layan lagu-lagu love song oldies nyanyian grup The Carpenters. Ala, grup ni femes zaman 70 - 80an. Time tu aku sekolah rendah lagik. Pe yang pasti, aku memang suke lagu-lagu die. Suare penyanyi die (Karen Carpenter) memang lemak merdu disukai ramai (erk! cam iklan susu F&N le pulek). Memang sedap le kirenye.. Lagu-lagu dowang 'easy listening' la.. Ade few songs yang memang jadi kegilaan aku cam 'Yesterday Once More', 'For All We Know' (paling suke), 'Superstar', 'Top Of The World', 'Only Yesterday', 'There's A Kind Of Hush', 'I Wont Last A Day Without You' dan 'Sandy'. Tapi lagu lain pon best gak. Susunan muzik memang mengasyikkan dan mendamaikan.
Jam da dekat kui 2am. Aku kene tido gak walaupon tak ngantuk. Takut karang aku 'terbabas' sampai terbangun lewat lak. Dalam kepale aku ni da tersusun list mende-mende yang kene aku setelkan ari ni jugak kat opis. Kene setelkan by hook or by crook....
So selamat pagi/good morning/konnichiwa/guten morgen pade sume warga KL. Pade sesape yang baru nak tido (cam aku) aku ucapkan 'guten slafen bis morgen' (sleep good till morning).
Muge pagi ni menjadi permulaan yang lebih baik untuk setiap yang kite lakukan. Rahmat sentiase melimpah ruah untuk kite, kejayaan dan kebahagiaan sentiase menjadi milik kite, keikhlasan dan tawadduk sentiase di hati kite, dan yang paling penting muge hari ni menjadi permulaan untuk kite sentiase bermuhasabah diri... Insya Allah...

0 comments: