Pages

Tuesday, June 22, 2010

Lagi Kisah Penjara Pudu..

Amaran!! Berlaku di Penjara Pudu KL di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang tertentu sahaja.
SEBELUM Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik di panggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Ia dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana mnyesali kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu kerana di katakan tak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah di ketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yg dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yg mati di tali gantung tersebut tak tenteram kerana mati mereka di tali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu..
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar-samar itu sambil meninjau-ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangn lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa.. tapi Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa..”
Bingo!!! Keh900x

1 comments:

ida said...

hahahahahaha....mak tertipu la nyah...nyampah!!!!! boleh lak cite p.ramlee msk dln ini cite...kahkahkahkah