Pages

Tuesday, January 3, 2017

Selamat Tahun Baru 2017


ASSALAMUALAIKUM wbh..

Entri pertama untuk tahun 2017. Moga di tahun ini aku dapat kembali aktif berblogging dan rajin menziarahi rakan blogger yang lain. Ehem! Ehem! Perancangannya macam tu lah.. tapi di masa hadapan kita tak tahu. Apapun, Allah sebaik-baik perancang.

Bila tahun baru ni mesti nak cerita pasal azam. Haha.. duk beriya-iya set azam konon.. asal tahun baru set azam itu dan ini.. tapi tak tercapai pun.. azam tinggal azam.. Aku kata pada diri aku sendiri.. bukan pada orang lain.

Tapi aku nak set azam jugak untuk tahun ini. Azam yang agak istimewa.. tahun ni azam aku untuk mencari seseorang. Kami dah terpisah hampir 20 tahun! Buat masa ini aku baru saja mengorak langkah pertama dalam menjejaki dia. Please wish me luck, guys.

Tahun 2016 baru saja 3 hari berlalu. Banyak perkara dan kenangan yang berlaku sepanjang tahun lepas.. samada manis.. pahit.. kelat.. tawar.. sedih.. gembira.. samada di alam pekerjaan ataupun dalam kehidupan sosial aku.

Antaranya; kematangan dan pengalaman aku diuji semasa dalam proses merekabentuk projek 'X'.. dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ke-2 untuk 10 tahun perkhidmatan aku..  ketegangan dan tension untuk menyelesaikan tuntutan tugas hakiki.. joint lawatan ke Trengganu dan Langkawi sebagai penghargaan untuk Anugerah Pengurusan Aset dan Anugerah Pejabat Terbaik.. itu antara perkara yang berlaku di alam pekerjaan yang aku rasa agak penting.. :)

Kalau dalam kehidupan sosial aku pulak.. berlakunya perpisahan yang sedikit sebanyak menguji hati dan perasaan aku.. persahabatan aku dan Tomodachi yang semakin baik dan usaha untuk memiliki rumah sendiri hampir tercapai. Tu antara perkara-perkara besar yang berlaku pada diri aku di tahun 2016.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang berlaku cuma satu aja aku nak simpulkan; tahun 2016 benar-benar mengajar dan memberi pengalaman terbaik untuk aku. Lebih banyak perkara positif yang berlaku kalau nak dibandingkan dengan perkara negatif.

Menipulah kalau kata aku tak terpukul dengan perkara-perkara yang menyedihkan tapi aku tak nak perkara-perkara tu menjadi penghalang untuk aku lebih sukses di masa hadapan. Apa yang berlaku anggap sahaja sebagai pengajaran dan guru terbaik untuk aku terus melangkah.

Moga di tahun 2017 akan terus melakar kejayaan dan kebahagiaan untuk aku, kau dan kita semua. Inshaa Allah. Amin ya rabbal alamin.

Penjejak Mimpi: Mohon pergi aura-aura negatif.. Syoh! Syoh!

0 comments: