Pages

Thursday, September 19, 2013

Mobile WiFi

BUKAN main kau ya Cik PM .. sejak ada Mobile Wifi ni.. online sepanjang masa. Pantang ada idea sikit.. mulalah nak mengarut kat blog. Jalan pun sempat lagi mengupdate entri! Sambil berdiri dalam komuter pun jari jemari 'mulus' tu laju je seiring dengan otak yang ligat berfikir memerah otak nak menulis di blog. 

Ya.. betul.. aku dah bertukar ke Mobile Wifi Maxis sejak awal bulan September. Sebelum ni guna broadband Celcom. Kenapa aku tukar ke Mobile Wifi ni? Alasan aku hanyalah benda ni dalam satu masa 8 device boleh online serentak dan portable. Oklah kan? Bayar sama macam Celcom iaitu RM68. Kelajuan pun sama.

Sebelum ni kalau aku nak guna kat laptop, terpaksalah keluarkan sim broadband dari tab dan lepas tu guna USB cucuk ke laptop. Tapi sekarang tidak lagi. Sekarang aku boleh online di handphone.. di tab.. di laptop bila-bila masa.. dimana-mana jua.. tanpa kekangan.. *macam iklan promo lah pulak!*

Tapi serius.. aku memang selesa sekarang. Kiranya kalau nak layan You Tube tu taklah sangkut.. taklah sampai rasa nak lempar laptop atau tab ke luar tingkap gara-gara asyik 'buffer' aja. Nak download tu oklah jugak.  Cuma kena rajin charge la battery dia.

Oleh sebab aku bukanlah 24 jam online so dengan kelajuan sedia ada.. dengan harga RM68 tu berbaloilah. Hehe... Ops! Lupa nak bagitau.. untuk yuran pengaktifan aku bayar RM150 dimana untuk 5 bulan yang pertama aku hanya bayar RM58 dan bulan seterusnya RM68. Kiranya yuran tu actually RM100 je lah.. Dan tiada kontrak. Tu pun antara syarat yang aku suka! So kau nak apa lagi?

Nota: Tq pada Shima; PIC Maxis yang sanggup bersusah payah cari untuk aku Wifi ni. Dia kata mula-mula dah habis stok. Dalam 2-3 minggu juga aku tunggu. Aku pun malas nak berharap lagi. Bila dah ada.. dia call.. confirm masih minat lagi ke.. bila aku kata: "ya".. terus jumpa aku kat Aeon Cheras. Tolong photostat IC aku lagi untuk urusan pendaftaran. Jangan kisah lah pada komisen yang dia dapat tapi aku puji kesungguhan dia. Bagus kan sikap macam tu?

Penjejak Mimpi: Sila jangan online time pejabat Cik PM!!

0 comments: