Pages

Sunday, September 1, 2013

Aktiviti Hari Sabtu: Selamat Hari Merdeka Yang ke 56

TAK terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 tahun kepada semua rakyat Malaysia. Hmm... dah 56 tahun kan Malaysia ni merdeka tapi benarkah kita semua ini benar-benar merdeka ya? Soalan tu korang jawablah dalam hati. Hehe..

Sebenarnya semalam aku terlibat dalam perarakan sempena sambutan kemerdekaan ni. Tapi bukanlah berkawad ke apa ke.. saja menyibuk meramaikan umat manusia kat Dataran Merdeka tu aja. Mewakili cawangan aja.

So pagi semalam aku sampai di Dewan Mahfuz untuk mendaftar dan ambil t-shirt. Dekat-dekat jam 7.45am aku and the gang pun bergeraklah ke dataran berjalan kaki. Kami berempat; Sherry, Kahmachi, Rehka dan aku. Sampai di sana rupanya orang dah ramai. Dapat pulak bendera free. Aku ambil 2 aja. Nak ambil banyak-banyak pun buat apa, kan?

Acara bermula dalam jam 8am selepas keberangkatan tiba YDP Agong dan RP Agong serta dif-dif kehormat. Beberapa lagu patriotik berkumandang dan tembakan meriam sebanyak 14 das dan laungan "merdeka" sebanyak 7 kali. Lepas semua tu bermulalah acara yang dinanti-nantikan iaitu kereta berhias dari bank-bank utama iaitu Maybank dan CIMB. Ada juga dari Celcom, Telekom Malaysia (TM) dan juga dari Tenaga Nasional Berhad. Lepas tu adalah lintas hormat dari semua kementerian, badan-badan beruniform sekolah dan IPT, pasukan keselamatan dan akhir sekali pertunjukan kenderaan pasukan keselamatan.

Banyak juga gambar yang aku snap. Lepas dibelek.. ditenung.. ditapis, tinggal yang kat bawah tu je yang 'senonoh' sikit untuk dipertontonkan untuk khalayak. Hahaha...

Korang usya la kat bawah tu ek? Enjoice..

Manusia yang membanjiri sekitar Dataran..
Wakil cawangan. Heh heh heh..
Lihatlah.. betapa 'murah'nya nilai dan maruah jalur gemilang.. :(
Ini bendera saya.. :)
KKR - Kementerian Kerja Raya
Model tidak berbayar..
Jalur gemilang..
Ini pula ialah bendera negeri kelahiran saya.. :)
Perbarisan penjawat awam
TM
Tenaga Nasional
Maybank
CIMB
Pancaragam budak-budak sekolah..
Yang ni pulak pasukan beruniform budak sekolah atau IPT. Tak ingat aku.. hehe..
Yang ni dari DBKL kalau tak silap..
Pegawai berkuda dari DBKL
Helikopter...
Bila tengok bagpipe ni aku musti teringat abah aku.. :(
Pasukan Polis di-Raja Malaysia
Pasukan polis.. dekat dengan diri aku...
Terik ooo time nih... tengok matahari bersinar... tapi demi Malaysia sanggup aku berdiri di tengah-tengah panas tu tau.. (ada kena mengena tak?)
Pasukan yang terlibat dalam operasi di Lahad Datu. Time diorang lalu ramai yang bertepuk tangan tanda sokongan pada pasukan ini..
Siapa nak kena lenyek dengan kereta kebal ni sila angkat tangan!
Kereta kebal lagi..
Jet pejuang di ruang udara bersedia  nak buat persembahan..
Jet pejuang buat formation
Jaga-jaga.. siapa yang buat onar aku tembak dengan kereta kebal nih!!
Kotak yang dijadikan alas duduk. Lepas tu dibiarkan saja. Tak reti nak buang dalam tong sampah. Merdeka dah 56 tahun tapi mentaliti orang kita masih ditahap zaman batu. Grr.. grr..
Nak salahkan kaki ataupun nak salahkan tuan empunya kaki? Kena belajar pendidikan sivik balik kot orang Malaysia ni?
'Kaki-kaki' yang nakal terus memijak sampah yang ditinggalkan oleh warga KL.. :(
Jaga kebersihan bandaraya kita..
Dah nak balik dah...
Anak-anak merdeka..
Penjejak Mimpi: Puas hati dapat join perarakan sambutan kemerdekaan semalam. Sebak time menyanyi lagu Negaraku. Jadi musykil dengan orang yang tak hormat pada lagu kebangsaan negara kita..

0 comments: