Pages

Thursday, September 5, 2013

Cicak oh Cicak!!

ENTAH kenapa aku teramatlah geli dengan binatang ni. Kat rumah aku sekarang banyak betul cicak. Nak cari penyembur anti cicak lepas ni.

Err.. sebenarnya nak cerita kisah petang semalam. Petang semalam aku plan nak buat mi goreng untuk santapan berbuka puasa (aku tau.,, ramai yang dah settle puasa 6, kan? Aku tau.. aku tau). So bila da siap semua bendanya nak start menggoreng la kan,.. so tangan aku ni pantas aja sambar kuali yang tergantung kat dinding tu. Tapi tiba-tiba ada la pulak seekor 'buaya kecil' melekat kat tepi kuali tu. Puas aku ketuk kuali tu dengan harapan yang menggunung agar cicak tu blah tapi cicak tu buat bodoh jer. Geram aku!

So terpaksalah aku guna kuali satu lagi. Hmm.. nasib baik ada kuali lain. Tapi kan.. sampai ke sudah cicak tu keras kat kuali tu. Sekali ketuk ada gerakan (maknanya dia hidup lagi) tapi tak mahu lak dia pergi tempat lain.

Ishkkk... nak kena buang cicak tu tapi aku geli. Serius!! Aku memang geli. Huhuhu... nak kena cari alternatif lain untuk buang cicak tersebut. Kalau aku buang sekali dengan kuali tu ok tak? Haha...

Penjejak Mimpi: Nak kena letak syarat sesiapa yang nak kahwin dengan aku pastikan dia tak geli kat cicak. Ok tak syarat tu? Haha...

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

Isdawati Ismail said...

tak ada makna nya... kalau dpt macam saya... dua2 penggeli cicik... padan muka dua2...

Penjejak Mimpi said...

II: Tu lah masalahnya. Kalau dapat yang lebih penggeli daripada kita.. letih la... :(