Pages

Thursday, September 19, 2013

Acik Pandai Bahasa Inggeris Tak?

BALIK petang tadi aku menegur anak jiran bawah rumah. Dia selalu menyebut aku sebagai: "kawan mama" sebab aku memang kenal mak dia yang pernah bertugas di JKR atau lebih tepat lagi di Cawangan Kejuruteraan Elektrik. 

Tiba-tiba dia tanya kat aku: "Acik pandai bahasa Inggeris tak?". Aku terkejut dan terus tanya: "kenapa tanya? Adik ni darjah berapa? Nama siapa?". Dia balas: "Darjah satu. Nama Aliff. Mama suruh tanya mintak acik ajar bahasa Inggeris".

Bla.. bla.. bla..

Darjah satu... Aku nak ajar apa? Nak ajar macam mana? Huhuhu..

Penjejak Mimpi: Kalau suruh budak tu panggil aku "kakak" boleh tak? Haha..

Published with Blogger-droid v2.0.10

0 comments: