Pages

Thursday, April 29, 2010

Koc Untuk Wanita - Part 1

Salam..
SEMALAM bermulanye satu 'era' baru dimane perkhidmatan tren komuter untuk laluan Sentul-Pelabuhan Klang telah menyediakan satu koc (daripade 3 kocnye) khusus untuk penggune wanita/pompuan. Ini adalah untuk fasa pertame dan selepas ni mungkin ade fasa kedue lak iaitu untuk laluan Rawang-Seremban.
Koc ini disediakan untuk keselesaan penggune wanita (dan menghalang daripade gangguan nakal orang lelaki yang gatal) ketike menggunekan servis komuter. Tapi dowang buleh la juge masuk koc-koc lain kalo tak muat koc spesel tu. Tapi orang LELAKI tak leh gune/masuk koc spesel tu termasuk mereka-mereka yang de masalah 'kecelaruan jantina'. Jangan lak lepas ni de lak lelaki yang terlupe dirinye adalah lelaki dan dengan selamba badaknye masuk ke koc yang dikhaskan untuk pompuan.
Pade pandangan aku la kan.. bagus gak KTM wat servis camni. At least perasaan 'tak selamat' tu kurang la sket. Maksud aku perasaan 'tak selamat' tu ialah dari segi gangguan seksual dari lelaki (atau selayaknye dipanggil jantan?) yang kekadang mengambil kesempatan membuat perkare-perkare tak senonoh kat pompuan. Ye la.. bile berhimpit-himpit tu.. lelaki pompuan bercampur... macam-macam la... Kalo tak diganggu takut lak kot hand bag kene ragut ke.. Hand bag kene seluk dan barangan berharge kene amik ke... da ramai so tak perasan.. Slame aku gune servis tren ni da beberape kes berlaku.. pick pocket.. curi enset dan paling sedih orang yang buat tu tak dapat ditangkap. Kalo dapat ditangkap... hmmm... lumat la kene keje dek orang ramai..
Harap-harap lepas ni ade la fasa kedua tu. Dan harap-harap fasa kedua tu cepat dilaksanakan. Tak sanggup aku nak berebut dengan penggune yang lain. Bese la.. stesen Mid Valley memang ramai orang.. Pastu lak aku turun kat stesen Bank Negara yang memang ramai orang gak.. Ce bayangkan? Yang paling aku pelik tu orang pompuan yang paling suke berebut mengalahkan lelaki.
Pe pon, muge servis koc untuk wanita ni dapat dilaksanakan dengan jayenya dan muge fasa kedua dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Insya Allah.

0 comments: