Pages

Wednesday, October 28, 2009

Integriti - Part 2

1st of all, bebanyak sori sebab amik mase yang lame untuk post sambungan artikel tentang integriti. Manyak bz lo... Lagipon de few part aku kene edit sket; thats why le lambat. Hee3x.. Da ready? "Sapy, go!!"

CABARAN PENGURUSAN INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
1. Ekspektasi tinggi masyarakat terhadap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti pelaksanaan kerja anggota perkhidmatan awam;

- Pengiktirafan oleh Y.A.B Perdana Menteri
- Kenaikan tangga gaji yang baik
- Sungutan masyarakat yang meningkat
- Rasuah/penyalahgunaan kuasa meningkat

PANDANGAN
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan:

"...Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar. "

2. Isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa menjejaskan segala bentuk pelaksanaan kerja dalam semua aspek:
- Kurang kesedaran agama
- Kepimpinan yang longgar
- Imej dan kredibiliti penguatkuasa lemah
- Kepentingan peribadi

3. Ketidakcekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam:
- Karenah birokrasi
- Proses kerja yang lambat
- Kekurangan pegawai dan kakitangan
- Kekurangan kemahiran ICT
- Penguatkuasaan lemah dan berpilih
- Ketiadaan koordinasi antara jabatan

4. Masalah disiplin dan etika anggota Perkhidmatan Awam

CONTOH-CONTOH MASALAH INTEGRITI PENJAWAT AWAM
- Tidak menjawab permohonan yang diterima
- Makan/minum melebihi waktu
- Ponteng selepas punch card/buat kerja sendiri
- Salahguna harta kerajaan
- Layanan yang tidak mesra
- Datang lambat/balik awal

CADANGAN MENGATASI CABARAN
- Meningkatkan integriti pegawai dan kakitangan melalui ceramah, kursus dan taklimat secara berterusan
- Mengadakan latihan aspek perundangan, siasatan, pendakwaan, penguatkuasaan dan operasi secara kerjasama dengan agensi lain seperti PDRM dan SPRM
- Kempen memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
- Kempen kesedaran kepada masyarakat
- Melaksanakan tindakan punitif yang setimpal
- Tindakan tegas dan segera
- Meningkatkan kemudahan dan peralatan seperti komputer, kenderaan, alat komunikasi bagi meningkatkan penguatkuasaan
-Meningkatkan tadbir urus terbaik
- Kod Etika dan Piagam Pelanggan
- Manual prosedur kerja dan carta aliran kerja
- Praktikkan

SIFAT ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG MEMPUNYAI INTEGRITI:
- Mementingkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi;
- Tidak salah guna kuasa;
- Menepati masa;
- Tidak suka kepada pembaziran; dan
- Tidak rasuah dan menyeleweng.

SIFAT ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG TIDAK BERINTEGRITI:
- Menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi;
- Suka menipu dan berbohong;
- Menggunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri; dan
- Kerja “melepas batuk di tangga”
- Berpura-pura sakit.

.. bersambung lagik...

0 comments: