Pages

Saturday, October 24, 2009

Integriti - Part 1

Sebelum ni aku da janji nak post entry pasal Integriti kan? Hmm... actually aku da dapat inputnye ari Khamis lagi tapi memandangkan banyak mende yang nak kene wat; amend drawing dll so terpakse le tangguh. Entry ni aku divide into 2 (or maybe 3 part) sebab panjang beno isi nyer.. Pe pon, time kasih bebanyak untuk penceramah dari IIM (Institut Integriti Malaysia); Encik Mohd Yusof Bin Mohamad. Jangan lepas ni aku kene saman sebab upload isi-isi presentation die udahler.. :)
Ready to explore more about integrity? Lets go...

Mengapa Integriti Penting?
Pemerhatian umum di Malaysia menunjukkan bahawa wujud masalah integriti di kalangan warga negara ini.

Definisi Nilai
Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan criteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negative.

Nilai Teras (perlu ada dalam diri setiap penjawat awam)
benar
amanah
telus
bijaksana
bersyukur
adil

Nilai kembangan/sokongan
berdisiplin
kemesraan
bekerjasama
taat setia
komitmen
ikhlas/jujur
bertoleransi
bertanggungjawab

Definisi Etika

Individu - Nilai yang membimbing individu membezakan yang benar dan salah, baik dan buruk, yang patut dan tidak patut dilakukan.
Organisasi - Garispanduan bagi melaksanakan tugas.
Profesion - Kod yang mengariskan apa harus dan tidak harus dilakukan oleh pengamal. Contoh:- Kod Etika kedoktoran, kehakiman, Jurutera dan seumpamanya.

PENGERTIAN INTEGRITI- KAMUS

“kejujuran dan ketulusan”- Kamus Dewan Bahasa
“integriti = kejujuran”- Ens. Malaysiana
“integriti ialah kejujuran, sempurna dan utuh”- Ensiklopedia Dunia Melayu
“integrity mean wholeness, entireness, completeness, chastity and purity” - The Oxford English of Dictionary

PENGERTIAN INTEGRITI - PIN
“Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari hari”

….Integriti adalah nilai yang bermula dari dalam diri manusia. Ia tumbuh daripada kesedaran fitrah dan bermula di hati, kemudian meresap ke dalam minda dan emosi. Akhirnya integriti dipamerkan tubuh fizikal menerusi tingkah laku…. (Datuk Dr. Mohd Radzi Abdul Latif Petikan dalam Berita Harian 7 Februari 2007)

INTEGRITI INDIVIDU
“… keselarasan antara apa yang dikata dan dikota, antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, kepentingan diri dengan kepentingan umum.”

INTEGRITI ORGANISASI
“…tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya” (Pelan Integriti Nasional, m.s 18)

INTEGRITI PENJAWAT AWAM
“…tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya ” (Pelan Integriti Nasional, m.s 18)

INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
“…tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya ” (Pelan Integriti Nasional, m.s 18)


bersambung...

0 comments: