Pages

Tuesday, October 11, 2016

Kun Faya Kun



ASSALAMUALAIKUM wbh..
Masih berkisar kisah ketika mak ditahan di dalam wad. Tapi bukan kisah mak. Kisah orang lain.

KISAH 1:

Hari pertama mak ditahan di wad 8B. Sebelah mak pesakit perempuan India. Berbual dengan penjaganya. Dia bercerita: anak buah dia tiba-tiba tak boleh berjalan. Kaki dan tangan lemah segala. Hanya mampu bersuara. Kasihan. Masih muda. Pelajar UMP, Pahang.

Hari kedua mak di hospital. Pesakit muda itu mulai bernafas menggunakan oksigen. Kata mak pesakit itu tiba-tiba serius. Dia tidak lagi bersuara. Hanya terbaring dan membisu.

Tengah hari.. pesakit itu dibawa entah kemana. ICU mungkin. Segala peralatan peribadi dan perubatan diangkut pergi. Aku tak nampak dia lepas itu dan tidak bertanya apa-apa pada nurse. Sibuk. Menguruskan mak. Lupa juga.

KISAH 2:

Petang hari yang sama. Tempat pesakit muda itu diganti dengan seorang pesakit wanita berketurunan Eropah yang berusia. Dijaga oleh sang suami berketurunan Cina yang setia menanti di sebelah. Dengan penuh rasa cinta. Penuh rasa kasih membelai dan mengulit si isteri yang terbujur kaku tidak berdaya. Kasihan.

Hampir malam. Muncul seorang anak muda. Anak lelaki tunggal pasangan ini. Bertanya di dalam bahasa Melayu dimana ayahnya tanpa pelat. Bertukar tugas menjaga si ibu dengan ayahnya.

Ada waktu-waktunya si ibu memberi tindakbalas. Mungkin dah semakin baik fikirku. 

Pagi esoknya. Sempat berbual dengan si anak. Berpesan agar terus berdoa dan berharap. Muga ibunya cepat sembuh. Si anak membalas tapi dengan wajah yang sedikit muram. Simpati.

Tengah hari. Menunggu kedatangan ETS untuk balik ke KL. Dapat tahu si ibu telah pergi. Jam 9pagi. Gagal diselamatkan. Sedih. Terkejut. Tak sangka.

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
(Al Mu'min:68) 


Takziah Simon Leong. Saya tahu awak seorang anak yang baik. Moga awak tabah hadapi kehilangan ini.

Penjejak Mimpi: Kehilangan yang amat pedih.

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sesungguhnya kita semua ini milikNya
Semua juga pinjaman semata-mata.
Bila-bila masa akan diambil semula

Husna Rahman said...

Hidup ini adalah cerita pendek dari tanah, di atas tanah dan kembali ke tanah jua.

Maka hiduplah untuk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yg paling bahagia.

Penjejak Mimpi said...

Kak Zakie: Saya setuju kak. Sungguh benar bagai dikata.. :)

Penjejak Mimpi said...

Husna Rahman: Inshaa Allah. TQ sudi berziarah ke blog sy nie.. :)

Raihanah Ahmad said...

sedih dengar kisah ni. dunia hanya sementara