Pages

Thursday, July 11, 2013

Laptop Aku Buat Magik!

DAH dua hari aku kat kampung. Perghh!! memang nikmat lah. Tak perlu fikir apa-apa. Relaxkan kepala.. tenangkan fikiran.. Hehe.. Aku pun tak pernah bercuti lebih dari sehari selain untuk hari raya. Ni kes nak balas dendam lah ni.. Nak release tension dan kebetulan bulan puasa. Apa lagi? Apply cutilah teman.. :)

Sebenarnya ada banyak benda aku nak tulis tapi disebabkan laptop aku demam sebelum ni dan nak type panjang-panjang guna tab rasa malas pula. Dan sekarang aku guna laptop untuk menaip entri. Dah ok laptop aku ni. Sihat sendiri. Semalam bawak jumpa doktor laptop tengok-tengok dah sihat. Kalau tak terbang RM400++ untuk tukar motherboard dia. Tapi netbook aku memang demam. Sekarang ni kena tahan wad di klinik. Doktor cakap kos repair untuk netbook dalam RM200++. Takpelah.. janji sihat netbook tu. Tapi ingat lepas tu nak let go aje. Ada sesiapa nak beli netbook 2nd hand? Haha..

Aku hampir nak beli laptop baru gara-gara laptop aku yang demam. Lepas tu pulak geng bas sekolah aku cerita dia belikan untuk anak dia laptop touch screen harga dalam RM1600++ brand HP. Mana tak teruja aku ni? Dah la aku ni pantang dengar benda-benda pasal gadjet ni!! *cik PM memang mudah terpengaruh!! Haha* Tapi nasib baik niat tu tak kesampaian. Hehe..

Berbalik kisah laptop aku ni kan; sebelum ni aku ada tulis kat SINI so lepas kejadian tragis tu aku pun pinjam lah laptop ofis dalam dua minggu untuk menyudahkan projek pangsapuri yang 'berhantu' tu. Since kejadian tu aku memang tak kisahkan laptop ni. Maksudnya takde lah aku nak try on ke.. bawak ke ofis tunjuk kat kawan-kawan yang pandai IT ke.. Plan aku lepas settle semua baru aku nak kisahkan pasal laptop. Thats why balik kampung aku bawak laptop dan netbook aku untuk hantar repair. Nak hantar repair kat Low Yatt atau Asus Centre aku memang takde masa. Hari Sabtu dan Ahad buat apa? Mesti ada orang tanya kan? Sabtu Ahad hari aku berehat, ok?

Apapun, alhamdulillah sebab laptop aku ni bijak buat magik.. sihat sendiri.. ok sendiri.. (walau tadi keluar jugak blue screen!).

p/s Lepas install Mozilla baru boleh menulis entri. Tadi guna IE macam hampeh aje! Asyik keluar mesej: "Error on page". Err.. aku prefer guna Mozilla lagi sebenarnya..

Penjejak Mimpi: Sayang juga kalau nak let go laptop ni. Masih nampak baru walau dah guna bertahun-tahun. Banyak jasa laptop ni kat aku.. :)

2 comments:

Kakzakie said...

Dia kesian tu pada tuannya kan nak raya banyak nak guna duit, tu yg dia sembuh dari sakit sebelum diubatkan..

Penjejak Mimpi said...

Kakzakie: Hehe.. tu lah.. bagus laptop sy tu...