Pages

Monday, July 22, 2013

Saya Budak Baru Belajar..

Imej ni disonglap dari Google Image
SEDIKIT perkongsian. Diambil dengan izin dari blog INI.

Imam as-Syafie menerusi rangkap syairnya kepada seluruh penuntut ilmu. "Wahai saudaraku, sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan 6 syarat. Aku akan memberitahukannya kepadamu dengan jelas iaitu:

1. Mempunyai kecerdikan

2. Berminat

3. Bersungguh-sungguh

4. Mempunyai perbelanjaan

5. Hubungan baik guru dan murid

6. Tempoh masa yang panjang"

Start minggu lepas aku mula 'berkongsi ilmu' dengan seorang student praktikal di unit BPR D1. Sebenarnya dia dah mula banyak tanya itu dan ini since aku sibuk berpencak silat dengan projek pangsapuri. Jawapan aku ialah: "simpan dulu soalan-soalan ko sebab sekarang ni saya sibuk. Bila projek dah tender dan saya free sikit, ko boleh tanya apa saja. Mana yang saya tahu, saya jawablah..". Haha.. aku tak kejam kan? So bila aku dah free (free sikit la.. hehe) barulah aku boleh menunaikan janji pada dia.

What? Cik PM mengajar budak praktikal? Ai.. hebat sangatkah kau sampai ada hati nak ajar orang lain? Kau pun banyak yang tak tahu berangan nak ajar orang? Podacit! Belajar dulu.. kasi penuh dulu ilmu di dada tu baru kau boleh mengajar orang lain! 

Aku sedar dan tahu ilmu di dada aku ni pun tak lah penuh lagi. Banyak benda aku tak tahu. Tapi sebenarnya apabila aku mulai berkongsi ilmu dengan dia; secara tak langsung aku akan kembali ingat apa-apa yang aku lupa sebelum ini. Dan bila ada soalan atau perkara yang dia tanya tapi aku tak tahu jawapannya, kami akan cari jawapan sama-sama. Mana-mana yang aku tak tahu, aku mengaku yang aku tak tahu. Nak tunjuk pandai dan memandai-mandai bukan cara aku. Setakat ini segalanya berjalan dengan lancar. Moga sesi perkongsian ilmu ini memberi kebaikan pada kami. Amin.. :)

Dalam proses menuntut ilmu ni aku ingat beberapa perkara;

1. Kalau kena marah atau kena gelak sebab tanya soalan bodoh --> redha aja lah..

2. Tak tahu --> tanya. Jangan harap orang lain akan beritahu sebab dia tak tahu apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu. Bukan soal kedekut ilmu atau nak pandai sorang-sorang. Dulu pun kita pergi ke sekolah cari cikgu kan? Bukan cikgu yang cari murid.

3. Jangan tunjuk pandai dan jangan memandai-mandai. Tak salah mengaku yang kita tak tahu daripada cakap berdegar-degar tapi tong kosong. 

4. Kena usaha dan kerja keras untuk berjaya. Tak ada benda yang senang-senang datang bergolek. 

Penjejak Mimpi: Dah start mengantuk. Jom tidur untuk mulai memintal untaian mimpi-mimpi indah.. :)

2 comments:

Kakzakie said...

Betul tu.. bukan mengajar bererti kita pandai tapi sekurang-kurangnya dapat refresh semula yg lama-lama. Bagus kan.

Penjejak Mimpi said...

Kakzakie: Tu lah kak.. tapi ada juga orang yang tak fikir seperti mana yang kita fikir. Alahai... manusia.. manusia..