Pages

Wednesday, April 3, 2013

Tiga Hari Berkursus

HARI ini hari terakhir aku attend kursus REVIT Map Elektrikal di Menara PJD. Aku dan dua orang member dari unit BPR D1. Ada juga member dari unit-unit Rekabentuk yang lain. Kursus berlangsung selama 3 hari dan dikendalikan oleh konsultan luar iaitu Parametric Solutions Sdn. Bhd dan dianjurkan oleh Unit Latihan & Penyelidikan JKR.

Hmm.. apa itu kursus REVIT Map ek? Ok, selama ini untuk kami yang buat lukisan elektrikal biasanya kami menggunakan perisian AutoCad dan hasilnya hanya dalam bentuk 2D sahaja. Tapi dengan menggunakan perisian REVIT ini, lukisan yang dihasilkan boleh dalam bentuk 3D. Kiranya macam canggih la gitu.. Lebih kurang la nak kasi korang faham.. Haha..

Tapi untuk permulaan, memang lah agak payah untuk belajar dan try sebab kursus ini lebih kepada praktikal (so definisi mengantuk tu langsung tidak wujud dalam diri aku!). Biasalah.. benda baru so nak catch-up tu ambil masa juga. Nak pergi toilet pun 'takda hati' sebab kalau tertinggal sikit aja pun, menggelabah jadinya. Ala.. tak payah kata nak pergi toilet.. tunduk kejap untuk sign borang kehadiran pun dah payah nak faham.  Haa.. tu dia betapa 'payahnya' nak belajar pasal REVIT ni.. Huhu.. Nanti lepas-lepas ni lukisan untuk projek JKR kena buat menggunakan perisian REVIT ni so bersiap sedialah hendaknya.. Huhu lagi..  Takpa lah.. pelan-pelan kayuh.. <-- nak menyedapkan diri sendirilah tu..
Nota yang diambil sendiri. Time ni masih boleh catch up lagi apa yang diajar...
Yang ada ruang kosong tu.. faham-faham aja lah.. Lost dah aku time ni.. :(
Hari kedua kursus time bersarapan; berbicara kejap dengan ex-IB aku En Fatihi. Dia ada kursus IES sebelah aja dengan kelas kami. Tak lama pun borak dengan dia. Tapi rasa terharu juga sebab dia masih lagi nak menegur dan berbicara dengan aku; ex-staf dia ni. Hehe..

Dan time lunch tadi, cuba contact best-friend aku; Yan tapi dia tak angkat telefon. Mungkin bz agaknya. Yan ofis dia di tingkat 2 bangunan PJD tu juga tapi biasalah.. orang pangkat besar-besar ni. Nak jumpa payah.. nak cakap dalam telefon pun payah. Semalam pun dapat lah ber'wasap' kejap dengan dia. Itupun aku dah on the way nak balik. Kalau dia ada meeting di CKE, barulah kami dapat berjumpa kalau dia singgah ke ofis aku. Itupun nak ajak makan sekali pun susah. Dapat sembang 5-10 minit aja lepas tu dia bergegas balik ke ofisnya. Tapi kurang-kurang dia tetap sudi nak singgah untuk berjumpa aku walau sekejap. Itu dah cukup menggembirakan aku.. :)

Dan esok.. hmmm... masuk ofis balik... Dalam kepala ni macam biasa dah ada 'what to do list'.. Arggghhh!! kenapa esok dan Jumaat tak cuti ek? Patutnya kami yang pening kepala sebab kursus REVIT ni diberi kelonggaran bercuti tanpa rekod untuk releasekan tension. Haha.. macam lah JKR tu abah aku punya kan? 

Penjejak Mimpi: Malam ni nak layan blog aja..

0 comments: