Pages

Monday, December 24, 2012

Mission Accomplished! Alhamdulillah :)

ALHAMDULILLAH syukur pada Allah sebab akhirnya pada Khamis lepas dua impian kecil aku telah dimakbulkan. Haha.. Impian kecil la sangat.. Impian kecil yang aku maksudkan ialah.. akhirnya dapat juga aku merasa durian crepe/durian pancake di Sweet Chat, Mid Valley. Lawak je aku rasa sebab sebelum ni aku pernah makan di sana dan pernah juga aku tanya pasal durian crepe ni tapi waiter (waiter kah?) kat sana kata takde. Tapi bila aku lalu kat situ, ada jek orang order menda alah tu. Pelik bin ajaib. Ke mamat tu tak paham apa yang aku cakap? Aku cakap slang German kot? Haha..

Then pada Khamis lepas aku makan dengan Liza dan Umai. Sekali lagi kat Sweet Chat. First thing yang aku tanya ialah: "adik, durian pancake ni ada tak?" (sambil tunjuk gambar durian pancake dalam menu). Bila mamat tu kata ada terus aku jawab: "Yes!!".

So orderlah aku termasuk mereka berdua tuh. Bila saja potongan tersebut masuk ke dalam mulut.. ahh!! terasa puasnya. (<-- IB kata aku macam orang mengidam. Ceh!!). Tak kisahlah tu.. janji dapat makan walaupun aku tahu orang lain dah jemu dengan makanan ni.

Ni lah rupanya durian pancake yang aku idam-idamkan tu. 3 ketul RM8.90. Berbaloi-baloi seyh..
Dah kenyang kami bergerak pulak ke The Garden untuk merealisasikan impian kecil aku yang kedua. Dah puas survey.. Dah puas riki.. Dah puas surf internet.. Dah puas belek kat Samsung Centre.. Akhirnya.. tada!!! Aku sambar Samsung Galaxy Tab2 pulak. Memang lah plan asal aku nak sambar lepas projek Ilaj Home tu tender tapi projek tu tender tahun depan pulak. Aku tahan lagi.. Takpe.. sabar... sabar... 

Last-last aku decide macam ni aja.. Lepas aja aku settle design stage untuk projek sekolah Ar-Rahah dan Kastam Kelana Jaya tu.. aku akan sambar tab tu. Lantaklah apa nak jadi.. jadilah..

At last aku sambarlah juga tab tersebut walaupun untuk projek Kastam Kelana Jaya tu tendernya entah bila-bila. Second bos kata lambat lagi tapi takpelah. Aku tak peduli itu semua. At least untuk Kastam Kelana Jaya tu aku anggap yang aku dah design juga walaupun untuk submit kat Cawangan Structure aja. Untuk projek ni hanya tuhan yang tau macam mana aku setelkan dan bereskan. So aku berhak untuk beli apa yang aku suka. Itu cara aku menghargai diri yang bersusah payah menyudahkan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

So tercapailah impian kecil aku dengan izin dariNya. Muga dengan tercapai impian ini, aku akan terus bekerja dengan penuh komited.. menjaga amanah sebaik mungkin dan terus mengingati al-Khalik hingga akhir hayatku, Insya Allah.

Ni bukan tab aku tapi sebijik macam tab aku tu. Kaler pun sama. Putih. Image as usual songlap from Google Image.
Penjejak Mimpi: Takut tak termampu nak menjawab di dunia yang sana pasal tanggungjawab. Takutttt... :(

4 comments:

ahsfantasy24 said...

tanggjawab:
tanggung di dunia, jawab di akhirat..

Penjejak Mimpi said...

ahsfantasy24: stuju tu cikgu. Sbb itulah tanggungjwb yg d galas kena tanggung betul2.. kena bwk btl2.. kena setel btl2.. kena beres btl2.. kalo tak... pe nak d jwb d akhirat nanti...
tidakkah itu menakutkan, cikgu?

Walid Ali said...

kena jaga betul2 buat betul2 nanti dapatlah benda bagus2 dari_Nya

Penjejak Mimpi said...

Walid: Yup. Sy amat setuju. Insya Allah ada habuan dariNya untuk mereka2 yang menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas.

p/s terima kasih sudi singgah.. :)