Pages

Monday, October 10, 2016

Maaf.. Anda Ada Ilmu Tapi Tiada Adab

ASSALAMUALAIKUM wbh..

Kejadian malam Jumaat di wad Separa Kritikal unit Kecemasan & Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Hampir tengah malam. Mak dimasukkan ke situ sebab diserang hypo di rumah. 

Tiada kerusi untuk waris/penjaga duduk menemani pesakit. Aku keluar ambil angin. Merayau-rayau cari tempat untuk berehat dan lepaskan lelah. Setengah jam kemudian masuk. Ada 2 orang doktor membaca laporan perubatan mak. Salah seorang (doktor Melayu) bertanya soalan-soalan biasa pada aku; "macam mana boleh masuk wad ni? Umur mak berapa? Ambil ubat apa? Ada makan ubat tak?" sampailah ke soalan "mak ada ambil ubat tahan kencing?" Aku pandang mak dan mak jawab "ada".  Aku terus cakap pada doktor: "doc.. yang itu saya tak berani nak jawab sebab saya tak tahu. Saya tak pasti". 

Kemudian dia terus cakap dengan kawan dia (doktor berbangsa India) dalam bahasa Inggeris lebih kurang maksudnya: "Inilah anak yang macam tak ambil berat hal ibu-bapa. Tak tahu ibu-bapa ambil ubat apa.. bla..bla.. bla...". Aku dengar. Aku faham. Darah aku menyirap. 

Aku cakap pada doktor tu: "doc.. pasal ubat tu.. saya bukan tak ambil tahu. Saya tak duduk dengan mak saya. Saya tak tahu. Jangan kata saya tak ambil tahu".

Dia terdiam. Malu mungkin. Tak sangka! Perempuan selekeh dan 'selebet' ini faham apa yang diperkatakan rupanya. Terus dia cuba membetulkan kesilapan yang telah dibuat. Tapi..

"Maaf tuan doktor. Saya sudah tidak respek anda. Anda ada ilmu tapi tiada adab. Saya tahu nama anda dan saya boleh komplen pasal anda tapi saya maafkan anda. Harap anda belajar sesuatu malam itu.."

Betul.. aku selekeh malam tu. Hanya sarung track bottom dan t-shirt lengan pendek. Cover dengan sweater BUM yang dah faded. Capai dan sarung apa yang ada. Tak sempat nak gosok baju dan seluar.. tak sempat nak memilih tudung yang bling-bling untuk ke hospital. *sarcasm*

Respect is earned, not given.

Penjejak Mimpi: Biar muka hodoh tapi perangai jangan hodoh..

0 comments: