Pages

Friday, January 10, 2014

Trip to Vietnam - Intro Dulu.. :)

SEBENARNYA sebelum ini dah 2 entri aku post tapi entah di mana silapnya.. tak ada pun keluar. Tapi "succesfully published"! Aduyai!! tab aku tu ke yang problem? Hmmm...

Hari ini aku start cuti. Nak makan angin. Yeay!! Esok sebetulnya baru bergerak ke Vietnam. Hari ini bergerak ke Nilai dahulu bersama Lulu (my dearest younger sister) dan akan bermalam di rumah Ekin; anak buah aku yang sulung. Kami bertiga mengikuti pakej Cawangan Kejuruteraan Mekanikal untuk ke Vietnam bermula pada tarikh 11hb hingga 14hb 2014. 

Dan semalam.. alhamdulillah aku dah bereskan kerja-kerja yang sepatutnya aku bereskan. Minit mesyuarat hanya menunggu pengesahan big boss.. urusan pemeriksaan semua PC BIM dah settle.. urusan pemeriksaan aset untuk pelupusan aset dah settle.. proses kemaskini semua borang-borang aset (semua borang Kew.PAs) dah settle.. update file projek dan file internal dah settle.. semua lukisan-lukisan untuk projek aku bawah seliaan IB dah save dalam pendrive dan dah bagi pun pada dia.. penyediaan rekod cuti unit untuk 2014 dah aku sediakan.. hmmm... apa lagi ya? Alah.. kerja sampai bila-bila pun tak habis.. kan? Tapi yang 'major' tu alhamdulillah aku dah settlekan.. :)

Aku harap percutian ke Vietnam ni dapat menghilangkan segala perasaan yang tak 'best' yang ada dalam diri aku ni. Perasaan tak 'best' tu apa? Ahhhh.. tahu-tahu aja lah.. tak payah tanya kat aku..

Oklah.. aku off dulu lah ya.. Nak kemas beg. Apa? Kau tak kemas beg lagi Cik PM? Haha.. belum kemas lagi. Tapi senarai semua barangan nak dibawa aku dah tulis. Sebenarnya aku nak kemas malam tadi.. lepas tu layan tv kejap sambil baring.. last-last tv yang tengok aku!! *alasan*. Penyudahnya habuk pun tarak!!

Ok.. ok.. aku nak kemas beg dah ni. Bila-bila aku update. Ta-ta..

Penjejak Mimpi: Good luck untuk Mei-Mei yang akan attend interview di Kementerian Kesihatan karang. Berjaya nanti jangan lupa open table ha.... :)

0 comments: