Pages

Friday, January 17, 2014

Trip to Vietnam - Hari Pertama

INTRO nya aku dah cerita sikit-sikit kat SINI.

So pada jam 11am lebih kurang kami bertolak dari rumah Ekin menuju ke KLIA. Naik kereta Ekin. Sampai ngam-ngam ja. Haha.. kalau ikutkan dari rumah dia ke sana dalam 15 minit aja.. tapi singgah beberapa tempat dulu. Parking terus kat parking lot kat KLIA tu. Keh keh keh.. Patut check-in dalam jam 11.45am tapi memandangkan pergi ramai-ramai so macam biasa.. ada aja yang lambat. Kena tunggu semua ada barulah check-in by group. Yang menguruskan semua ialah Tuan Hj Samsuddin dan Encik Maarif. Oleh kerana aku kenal Tuan Haji ni aja so apa-apa aku memang refer kat dia aja. Trip kali ni seramai 25 orang termasuk kanak-kanak. Tapi yang sebetulnya orang yang bekerja di JKR tu 7 orang aja tapi ada yang bawak family (termasuklah aku) so jadilah 25 orang.

Bila dapat tiket, alahai... kami terpaksa separate. Lulu dapat seat 8F sedangkan aku dan Ekin 8A dan 8B. Takpelah.. nanti kautim lah dengan orang sebelah.. 'konon' lah kan... Tapi bila dah dalam flight tu.. nak tukar pun tak boleh. Sebab sebelah kami bukan orang JKR. Payah sikit. Hmmm... takpelah.. duduk dalam flight aja pun... :)

Flight ke Ho Chi Minh City (HCM City) jam 2.45pm so sempatlah kami minum-minum di Old Town White Coffee dulu. Dan oleh kerana Ekin staf di KLIA tu so dapatlah diskaun. Dan ceruk-ceruk serta celah-celah di KLIA tu inshaa-Allah dia tau. Ha.. kan dari dulu lagi aku dah pesan; nak kemana-mana sila bawa orang yang tau serba sedikit area tempat yang kita pergi tu. 

Sampai di Tan Son Nhat Airport lebih kurang jam 3.50pm dan kami dijemput oleh tourist guide iaitu Mr Rafael atau Mohd Rafi. Haha.. dia yang perkenalkan diri macam tu. Naik bas yang dipandu oleh Mr T  untuk meronda-ronda bandar HCM.

So sepanjang jalan tu kami dibawa melawat ke pejabat pos lama; Buu Dien Thanh Po Ho Chi Minh  tapi sekarang berfungsi sebagai tempat lawatan  dan mestilah ada orang jual souvenir. Tempat untuk bergambar pun ada. Lepas tu singgah kejap di Hard Rock Cafe HCM. Usya-usya jugak kalau ada t-shirt yang murah tapi mana nak jumpa kan? Huhu.. so setakat usya aja lah kan...
Makan malam di Vietnam Delights Halal restaurant. Lepas tu terus check-in di Hotel Lien Thanh. Diorang plan nak pergi ke pasar malam yang berdekatan hotel kami tapi plan tinggal plan. Rasa penat sangat-sangat. Penyudahnya aku zzzz dulu dari diorang. Yang dua beranak tu entah jam berapa baru zzzzz...

Macam biasa.. cerita banyak-banyak pun tak guna.. layan je lah gambar yang sempat diambil pada hari pertama kami di Vietnam. Enjoice..

Bergaya sebelum check-in. Masa ni sedang menunggu korum yang masih belum sampai.
Aku dan Lulu di Old Town White Coffee di KLIA sambil menunggu pesanan.
Berdiri di sebelah 'Giant Bag'.
Sempat lagi tu bergambar sambil menuju masuk ke dalam flight.
Kami dinner kat sini. Makanannya sedap weh!! Sorry, tak snap pun menu. Lapar giler beb.. Huhu..
Dalam bilik pada malam pertama kami di sini. Masuk malam kedua dan malam ketiga kami terpaksa tukar bilik. Cis!! Memandai jek diorang ni transfer barang-barang kami ke bilik lain. Diorang angkut semua barang kami. Nasib baik kami jenis kunci luggage dan kemas sikit-sikit barang peribadi sebelum keluar. Kurang asam betul diorang nih!! Grrr...
Korang nampak tak apa yang aku nampak? Overhead kabel yang berselirat. Teruk betul sistem diorang. Ishk! ishk! ishk!
"Halu.. siapa sana cakap?", Ekin bergaya di dalam pondok telefon yang disediakan di dalam pejabat pos Buu Dien Thanh Po. Dulu-dulu ada perkidmatan telefon kot..
Tempat yang sama tapi model yang berlainan. Haha...
Aku pun nak juga bergaya dalam booth telefon awam ni. Takkan lah diorang aja, kan? Diorang kata dalam bilik tu ada bau yang semacam. Bau kepam lah kot. Haha.. So aku yang bijak ni bergaya sambil tahan nafas. Hehe..
Potret Ho Chin Minh; pemimpin komunis, perdana menteri dan presiden Vietnam suatu ketika dulu. Nak tahu detail sila google sendiri. Haha..
Ni kat tengah-tengah bangunan pejabat pos. Besar juga bangunan ni. Tapi malas nak redah semua ceruk dan celah. Ramai betul orang..
Model tidak berbayar; Ekin dan Lulu bergambar berlatar belakang potret Pakcik Ho Chin Minh.
Muka diorang lagi kat luar pejabat pos. Kat luar ni ramai dengan pengunjung dan penjual souvenir. Letih nak menggeleng.. lenguh tangan buat tanda tak mahu. Huhu...
Aku dan Lulu kat luar bangunan pejabat pos.
Jam kat dinding bangunan dah hampir 5.10pm. Kat sini diorang awal sejam dari Malaysia. Tapi belum pukul 6pm dah gelap seyh..
Pintu masuk ke Hard Rock Cafe, Ho Chin Minh City.
Aku...
Ramai betul awek Vietnam time ni. Kebetulan ada event kat sini masa kami singgah. Cun-cun diorang ni. Body langsing siot! Rahsia? Minumlah teh o tanpa gula. Haha.. Tapi kat sini aku tak nampak orang Vietnam yang berbadan besar. Seriously. 4 hari kami di sini aku nampak sorang je yang berbadan besar. Tu pun lelaki..
Opss!! sekali nampak pusat da...
Ekin disamping gitar besar depan Hard Rock Cafe. Aku nak bergambar juga tapi ramai pulak yang nak bergambar di tempat yang sama juga so kensel.. :(
Hah!! Ambik kau.. sekali 4 orang atas motor. Tapi yang bagusnya semua pakai helmet. Tapi helmet kat sini tak safe. Dan pasti tak boleh digunakan di Malaysia. Kau nak helmet ada stiker apa? Helmet stiker Hello Kitty ada.. helmet doraemon ada.. helmet Nike ada.. semua ada lah.. Tak percaya? Silalah berkunjung ke Vietnam.. :)
Lagi gambar overhead cable yang berselirat. Aduyai!! Gerun mak tengok tau, nyah!! Awww..
Hah!! siapa nak makan KFC? Boleh juga.. Haha..
Pemandangan di sebatang jalan raya di bandar Ho Chin Minh. Kat sini motor mendominasi jalan raya. Kereta ada lah jugak tapi tak banyak. Bak kata Rafael si tourist guide kami tu.. kat sini penduduk seramai 13 juta tapi motor ada lebih kurang 8 juta buah. Banyak tak?
Penjejak Mimpi: Seronok dapat makan angin... :)

0 comments: