Pages

Wednesday, January 1, 2014

Hadiah Tahun Baru 2014

PERTAMA sekali aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua pembaca blog merapu aku ni. Moga azam tahun lepas tercapai lah ya.. 

Isnin baru-baru ini ada taklimat berkenaan Pertukaran Perlantikan Skim Perkhidmatan Juruteknik kepada Skim Perkhidmatan Penolong Jurutera. Borang opsyen juga telah diedarkan kepada yang layak. Dalam taklimat tu adalah diterangkan serba sedikit berkenaan skim Penolong Jurutera ini yang disampaikan oleh pegawai Sumber Manusia dari Kementerian Kerja Raya.

Hah! Apalagi? Kepada sesiapa yang layak dan dah lama menunggu berita baik ini.. silalah melompat kegembiraan.. Siapa yang tak happy kan? Gaji naik.. elaun naik.. gred dari J17 terus melompat jadi JA29... nama jawatan dah bertukar.. dulu "Juruteknik".. sekarang "Penolong Jurutera".. perghh!!! macam best jer.. macam gah jer.. macam hebat jer.. kah.. kah.. kah...

Oiitt!! Happy tu happylah jugak.. tapi kena kerja lebih keras lepas ni weh!! Mentaliti tu sila ubah. Eh!! aku tak cakap kat orang lain tau. Aku cakap kat diri sendiri. Wakaka..

Lepas ni aku sedar dan tahu ada cabaran lain yang menanti. Tak tahulah samada aku boleh handle ke tidak. Dengan 'beban' sedia ada pun aku dah hampir meletup apatah lagi dengan tambahan tanggungjawab di masa hadapan. Moga tuhan bagi kekuatan pada aku untuk handle semuanya.

Err... borang opsyen tu pun aku belum sign lagi. Dateline 22hb ni kena serahkan kat Admin. Kalau pihak Admin tak terima lepas tarikh tu, consider menolak tawaran tersebut. Haishh!! agak-agak ada sesiapa yang menolak ke?

Apapun.. pada semua Penolong Jurutera JA29.. lepas ni kena buktikan kemampuan dan kebolehan kita.. mana-mana sikap dan sifat buruk masa bergelar Juruteknik J17 tu.. buanglah ke laut ya.. sekarang ni masa untuk bergerak ke depan dan pertingkatkan kemampuan, skil dan kompetensi diri. Bukan lagi masa untuk bekerja sekadar melepaskan batuk di tangga dengan harapan orang lain menyelesaikan untuk kita. Oppss!! again... kata-kata tu untuk diri aku.. ouch!!!

p/s sudah-sudahlah kira berapa dapat untuk BACK-DATED gaji tu... BACK to WORK kan lagi bagus?

Penjejak Mimpi: Memaku dulang paku serpih aja Cik PM ni.. Citt!! busuk punya olang!!

4 comments:

Seri Selaseh said...

Tahun baru dengan jawatan baru. Terbaeek.

tinot tiny said...

yeay!!tahun ni dapat la duit raya!!

Penjejak Mimpi said...

Kak Seri: Alhamdulillah.. rezeki yang Allah bagi :)

Penjejak Mimpi said...

TT: Huh!! Rara pun tak mintak.. ni kakak Anyah dia lak yang tak malu nak duit raya.. Podahcit!