Pages

Sunday, January 19, 2014

Trip to Vietnam - Hari Kedua

NAK baca Trip to Vietnam - Hari Pertama, klik kat SINI.

Okay, lepas breakfast kami tunggu kedatangan Rafael yang akan membawa kami meronda-ronda dan shopping. Ermm.. cakap pasal breakfast.. actually banyak makanan yang 'sedap' disediakan tapi memandangkan kami agak was-was dengan proses penyediaan makanan tu so kami hanya makan roti bakar dan pisang sahaja. Nasib baik pisang ada. Hehe..

Lepas breakfast, kami menanti kedatangan Rafael untuk merasai pengalaman menaiki bot di Sungai Mekong. Perjalanan ke sana menaiki bas mengambil masa selama 2 jam. Sampai kat Sungai Mekong tu kami menaiki bot pula untuk ke Pulau Thoi Son. Kat sini kami melawat honey-bee farm.. kilang kandi kelapa. Ada jual madu.. royal jelly.. kandi kelapa.. sabun. So kami ada lah beli benda-benda tu semua. Lepas tu ada persembahan lagu tradisional sambil dijamu buah-buahan tempatan. Buah-buahan tempatan tu kau boleh cari di Malaysia, okay? Ada ciku.. ada belimbing.. ada mangga..  Lepas diorang nyanyi tu, dermalah seringgit dua dalam bakul yang dihulur. Itu salah satu cara diorang mencari rezeki. Ada juga tempat orang jual souvenir kat sini. Dan kami ada juga memborong sikit-sikit. Saja.. wat kenangan... :)

Makan dah.. dengar lagu dah... so sekarang ni kena jalan sikit kasi pecah lemak.. menapak ke jeti untuk meaiki sampan. 1 sampan boleh 6 orang naik campur pendayung 2 orang. So aku, Lulu, Ekin dan Kak Kay naik satu sampan. Adventurous jugak aku rasa.. laluan sempit.. dengan pokok-pokok bakau (bakau ke?) di kiri dan kanan.. lepas tu bila berselisih dengan sampan lain.. kecut perut aku. Buatnya terbalik ke sampan tu.. Dah lah aku ni tak pandai berenang.. Tinggi tak daya imaginasi aku? Heh heh heh.. Dah sampai hulurlah seringgit dua/seorang kat pendayung tu. Penat seyh diorang kayuh tu.. dahlah pendayung kami tu dah tua tapi masih kuat lagi bekerja. Bak kata Rafael: "Lunar Year will come soon. Just give them RM1 or RM2.. it will make them happy..".

Lepas tu kami singgah untuk makan tengah hari dan solat di sebuah masjid di sini. Makanan memang marvellous. Yang pasti.. telur dadar mesti ada.. Haha.. Diorang ni kuat makan telur betul! Cuma tak boleh blah satu aja makanan yang disediakan.. sup sayur diorang manis. Wei! korang pernah minum sup sayur manis? Aku rasa sikit sebab tengok macam sedap.. last-last reject..

Lepas tu kami dibawa ke 'kilang' kain kat mana ntah.. Bila sampai aja.. lah.. rumah orang rupanya.. tapi 3 tingkat kau.. Tingkat bawah berfungsi sebagai rumah; ada dapur.. ruang tamu.. ruang makan.. bilik dan lain-lain.. start tingkat 1 ke atas ada jual kain.. jubah... telekung.. baju dah siap jahit pun ada.. harga? Boleh tahan murah kalau nak banding kat Malaysia ni.. Boleh bayar samada guna duit Dong Vietnam ataupun RM. Aku tak borong banyak pun.. Just beli satu baju kurung yang dah siap dijahit. :).

Balik tu penat.. so dalam bas mata kami pun nak terpejam.. celik.. pejam.. celik.. tiba-tiba.. bas yang dipandu oleh Mr T ni berhenti. Dihalang oleh satu lori yang berhenti menghalang perjalanan. Keluar lah pemandu lori menuju ke Mr T. Entah apa yang dicakapkan sambil menghentak tingkap belah pemandu beberapa kali. Kami dah panik giler.. Lepas tu driver lori tu patah balik ke lori dia dan ambil sesuatu. Mak ai.. rupanya dia bawak spanar nak pecahkan tingkap bas. Berani betul dia!!

Nasib baik Mr T ni cekap bawak bas. Dapat kami melarikan diri dari driver lori yang pemarah tu masa dia patah balik ambil spanar. Dia kejar bas, kau! Memang berani! *driver ni keturunan Vietcong kot? Tu yang berani semacam je?*

Sampai kat satu traffic light ni.. bas berhenti. Aiyak!! rupanya lori ni mengejar kami! Cis!! macam dalam drama pulak ada adegan kejar mengejar! Kali ni dia turun siap bawak spanar dan tahan bas dari bergerak! Dah lah masa tu laluan sibuk dengan kenderaan. Pung pang.. pung pang.. *bahasa Vietnam, aku tak faham*. Mr T tunjuk depan.. ada simpang 4 kat depan. Kami agak dia buat deal dengan driver lori tu untuk selesaikan masalah kat simpang tu. So driver lori pun menuju ke depan. Bila lampu hijau.. Mr T pun membelok ke kiri. Driver tu kejar jugak tapi sah-sah la gagal kan? Jalan raya time tu memang sesak gila. Tapi dah nama pun driver bas so entah celah-celah mana Mr T bawak kami nak melarikan diri dari driver lori yang naik minyak. Alhamdulillah selamat kami.. Pheww!!!

Sebab driver lori tu naik minyak sikit aja.. sebabnya Mr T bawak bas dah 'makan' jalan dia sikit sebab time tu ada bonggol kat tengah jalan. Tu yang dia meradang sampai nak berspanar-spanar bagai!! Pengalaman.. pengalaman..

Dah selamat.. hati lega.. so kami nak shopping lagi. Hehe.. kali ni kami dibawa ke Saigon Square. Macam-macam ada kat sini. Banyak pakaian la.. telefon dan aksesori pun ada juga dijual. Tapi sampai aja Kak Kay ajak cari toilet. Melilau kami cari toilet. Nasib baik jumpa. Kat sini ada air tapi standby bawak air masuk toilet. Kat luar aja ada air, beb. Dalam toilet yilek! Bayar 2,000 dong nak masuk toilet dapat lah tisu untuk kau lap apa-apa yang patut. :)

Aku tak beli apa pun sebab macam mahal jer. Dah lah dengan orang yang ramai. Nak memilih pun tak selesa.. lagipun takut kalau-kalau terpisah sesama sendiri. Mana nak cari dalam orang yang ramai macam tu? Sebelum balik, kami dinner dulu kat D'Nyonya Halal Restaurant....

Macam biasa, layanlah gambar-gambar untuk hari kedua kami di sini. Enjoice..

Ekin dengan Kak Kay. 2-2 melaram dengan spek mata hitam.. :)
Kalau setakat helmet tu, boleh beli di tepi-tepi jalan aja.. Kalau pandai bargain, boleh dapat 2 biji helmet dengan harga RM16. Tapi beli sebagai perhiasan ok la. Nak guna di Malaysia? Jangan harap lah..
Sawah padi yang menghijau..
Ekin bergambar dengan Rafael. Dalam trip ni diorang boleh ngam pulak berdua. Aku selalu panggil Ekin sebagai "assistant to Rafael".
Masjid Jami'ul Muslimin. Tempat kami lunch dan solat..
Ni kat jeti Sungai Mekong. Banyak souvenir dijual. Rambang bijik mata makcik menengoknya. Tapi relax... kita usya dulu.. Ikut kata Rafael, harga kat sini ok juga. Tapi aku tak beli apa-apa. Kalau ikut nafsu, banyak benda aku nak borong tau..
Laluan menuju ke bot di Sungai Mekong.
Macam biasa kalau tak muka aku sorang.. muka diorang berdua. Depan tu Zaleha; member CKASJ.
Ekin tunjuk berani pegang sarang lebah. Yang kat depan baju hitam tu lah namanya Tuan Hj Samsuddin. Aku panggil Tuan Hj. Dia dan isteri (Kak Wan) very sporting. Ramah. Rajin berborak dengan kami. Mungkin dia tengok kami bertiga ni pemalu sangat terutamanya aku. *Pemalu ker?* Kah kah kah..
Well.. minah ni memang berani la. Aku? Tak berani. Geli!.. Setakat usap-usap kulit ular tu aku berani la. Kesat gila kulit nya. Rasa macam kau pegang getah paip dalam bilik air rumah kau tu la.. Haha...
Dia ni aku rasa cita-cita nak jadi model dulunya tapi disebabkan ketinggiannya tak mengizinkan.. maka bergaya macam ini ajelah nampaknya.. Hehe...
Stesen minyak untuk bot. Ada sesiapa nak beli untuk kereta dan motor?  Wakaka..
Deretan kandi kelapa yang dijual. Masa ni kat Pulau Thoi Son atau dalam bahasa Inggerisnya Unicorn Island. Kat sini ada gak dijual sabun yang dibuat dari kelapa. Seketul sabun harga 40,000 dong atau RM6. Aku beli seketul. Wangi bau dia.. :)
Group kami..
'Jambatan Pulau Pinang' Vietnam dari jauh.. Sama kan macam Jambatan Pulau Pinang kita? Sama tapi tak serupa..
Aku sedang 'digoda' oleh penjual. Nasib baik mak ni tak mudah tergoda.. Haha..
Siapa nak buah betik ni? Sila angkat tangan?
Muka dia lagi. Tukang tangkap gambar? Siapa lagi.. Aku la tu..
Tengah kusyuk mendengar lagu tradisional Vietnam. Dengar aja lah.. faham tak faham belakang kira..
Makcik dan perempuan pakai baju merah tu ialah penyanyi. Ikut turn..
Time ni beratur nak naik sampan. Jangan berebut-rebut ya.. Sabar...
Bye-bye.. Sayonara.. (sorry, dalam bahasa Vietnam aku tak tahu. Tak teringat nak tanya kat Rafael)
Diantara penumpang didalam sampan lain yang berselisih dengan sampan kami.
Lulu dan Kak Kay tersenyum girang di dalam sampan..
Comelnya dia. Teringat lak pada si kerinting yang nakal tu..
Huh!! Peace sokmo mu ni lah..
Lulu, Kak Kay dan Aku..
Sampan grup Tuan Hj dari belakang dapat kejar sampan kami. Macam masuk acara berlumba sampan pulak. Pemenangnya sudah pastilah grup dia. Tengoklah siapa pendayung nya?
Kak Kay bergaya sambil memegang dayung.
Selamat dah sampai.. alhamdulillah...
Dalam bot kami dijamu dengan minuman air kelapa. Sedap dan manis rasanya..
Masa ni dah sampai balik ke jeti.
Comel tak tong sampah tu?
Bendera Vietnam berkibar megah..
Hujan yang membasahi bumi Saigon..
Korang kenal tak building ni? Ha.. sebijik macam Menara Rebung kan? Macam Menara Telekom di Malaysia. Siapa tiru siapa? Rafael kata diorang tiru Malaysia. Haha.. Jawapan jujur dari orang Vietnam sendiri.
Pintu depan Saigon Square.
Penjejak Mimpi: Vietnam ialah tempat yang paling sesuai untuk orang yang berniaga kain baju dan orang yang suka shopping. Aku? Sekadar nak bercuti makan angin menghilangkan stress.. :)

7 comments:

tinot tiny said...

sourveniur mana?

Hana isa said...

http://ilham-hana.blogspot.com/ alamt baru blog hana...kandungan sama je
bestnya p jln2....awat xajk...

tinot tiny said...

update la woiiiii

Penjejak Mimpi said...

TT: Dah dapat kn? Mana lak souvenir utk aku dari Sabah? Grrr.. grrr.. grrr...

Penjejak Mimpi said...

Hana: Ok.. tq. Nanti PM singgah.. :). Best juga dapat melihat negara orang lain..

Penjejak Mimpi said...

TT: Wei, ingat aku takde kerja lain ker? Ingat aku ni asik mengadap blog 24/7? Hah? Hah? Hah? Grrr... grrr... grrr..

Kakzakie said...

Dahsyat juga jadi pemandi kat sana. Habis semua penumpang bas mestilah terkedu ketakutan melihat adegan Mr T dgn driver lori itu ye Sue.

Mujur tak ada yg tak baik terjadi.