Pages

Sunday, December 22, 2013

Sembang Pasal Aset..

JAM dah pun pukul 12.54am. Aku masih belum nak tidur lagi. Err.. nak tidur tapi ada kerja sikit nak kena settle. Hai.. tak sudah-sudah dengan kerja. Korang baca pun dah naik menyampah, kan? Tak sudah-sudah dengan kerja.. macam lah dia seorang aja yang bz.. macamlah dia seorang yang kerja dalam dunia ni.. betul tak? Mungkin itu yang akan korang cakap bila baca blog merapu aku ni.. Nak buat macam mana.. dah memang aku bz. Lagipun ni kan blog aku.. so sukati aku lah nak tulis apa pun.. betul tak? 

Dalam minggu ni aja aku asyik mengadap hal-hal aset. Minta 'pelepasan' dari bos untuk settlekan hal aset selama 2 hari tapi tak siap-siap lagi. Nasib baiklah apa yang bos minta aku dah settlekan dari awal lagi so takdelah dia 'bising'. Err.. dia ada bising ker? Tak bising pun.. cumanya aku sendiri rasa tak best dan tak syok kalau bos tanya banyak kali tapi benda yang diminta tak siap. Aku kena jaga reputasi aku juga. *uwekk!! ko memang perasan bagus kan Cik PM?* . Well.. aku ni tak lah bagus mana pun tapi aku sendiri tak suka nak dengar bos 'membebel' tak tentu hala kat aku. Eh!! ada ke bos membebel kat aku? Setakat ni takde.. tapi aku membebel kat bos ada la.. Haha.. *aku kan kaki melawan cakap bos? Nasib la bos ada anak buah kaki melawan macam aku nih!*

Aku sibuk mengemaskini hal-hal berkenaan aset. Nak pindah tahun depan tapi dah start menggelabahnya. Datelinenya Rabu lepas lagi tapi macam yang aku cerita awal tadi.. semuanya tak siap. Pihak urusetia nak 3 benda je tapi dah alang-alang update.. aku update semua sekaligus! Sebab tu tak siap lagi. 

Jumaat lepas dapat emel dari urusetia.. second reminder.. siap attach lagi nama-nama unit yang tak submit apa yang diorang nak. Aku tengok semua unit rekabentuk tak submit lagi. Apa nak buat.. kami ni sibuk. Kami bukannya mengadap hal aset ni aje.. *alasan*.

Nak update ni pun kena ambil masa juga. Setiap borang tu berkait antara satu sama lain. Kalau tak tally dari segi kuantiti.. tak ke payah? Nak kena tengok harga dia lagi.. lokasi.. ahh!! cakap banyak pun tak guna. Orang yang tak tahu mungkin akan kata: "ala.. apa yang payahnya?" Cuba buat sekali tengok? Tapi tu lah.. mulut orang bukan kita boleh tutup kan? Gebang kuat pun tak guna beb.. try sekali buat baru tau..

Oklah.. nak sambung buat kerja balik. Kalau agak-agak aku stress nanti.. aku sambung mengarut kat sini lagi.

Penjejak Mimpi: Sekarang ni nak concentrate kerja aku aja. Orang lain punya hal, lantak pi lah..

0 comments: