Pages

Tuesday, December 3, 2013

"Puan Rasa Saya Tak Gembira Ek?"

Sekadar hiasan. Kucing ini sesungguhnya tiada kena mengena langsung dalam entri merapu aku. Sumber: Google
SEDANG sibuk mengadap autocad tiba-tiba ada suara memanggil namaku. Selepas membalas panggilan tersebut; engineer kanan merangkap pegawai latihan unit kami bersuara: "saya rasa akak patut ke kursus ni..". Aku membalas: "kursus apa tu, Puan?". "Kursus Motivasi Keseronokan Bekerja" dia menjawab sambil ketawa. Haha.. aku pun ketawa sambil menuju ke tempat dia.

Sampai aja ke tempat dia, aku berkata: "Err.. Puan rasalah kan.. selepas apa yang Puan tengok macam mana kerja saya.. Puan rasa saya tak gembira ek?" Dan dia terus menjawab: "Hehe... saya rasa akak gembira". Haha... lepas tu berderai lagi ketawa kami.

Hmmm.. bila fikir-fikir balik... aku memang gembira dengan kerja aku sekarang.. soal stress dengan kerja.. soal kena marah.. disuruh buat tugasan yang bukan dalam skop kerja.. diberi kerja tambahan sedangkan kerja sedia ada masih belum selesai.. tu kan lumrah di alam pekerjaan? Kalau agak-agak tak sanggup nak hadapi semua tu.. hanya satu aja penyelesaiannya... BERHENTI KERJA! End of story. 

So berbalik kisah kursus tu.. senang cakap macam ni lah.. aku tak perlu lah attend kursus tu. lagipun KPI untuk hari berkursus bukan 7 hari lagi dah.. dah 12 hari.. Ekekekeke...

Penjejak Mimpi: Selalu ingat kata Aristotle: "pleasure in the job puts perfection in the work"... :)

2 comments:

Kakzakie said...

Ruang lingkup kerja kena ada rasa kepuasan baru seronok. Tak kursus pun tak apa tapi sesekali pergi kadang dpt membuka minda dan refresh mana-mana yg baru...

Penjejak Mimpi said...

Kakzakie; Say asetuju 100% dengan pendapat akak. Yang penting kita puas dengan kerja kita.

Kursus kalau yang relate dengan skop kerja.. ada ketikanya best tapi kalau masa sedang stress dengan lambakan kerja.. lepas tu kursus pulak berkenaan teknikal.. aduhai... rasa lagi stress!