Pages

Tuesday, December 18, 2012

Blog Aku Di Review Lagi..

AKU sedar dan tahu betapa aku ini bukanlah seorang blogger yang 'femes emes' macam beberapa nama besar di alam blogger ni. Aku hanyalah seorang blogger picisan yang ... ahh!! Korang sendiri tahu siapa aku ini.. hanyalah seorang orang kecil yang biasa-biasa aja.. Bla.. bla.. bla... Uhuk uhuk..

Tapi apabila blog picisan ini untuk kesekian kalinya direview oleh blogger lain, tiada kata-kata terbaik untuk aku ungkapkan kepada orang yang sudi me'review' blog ini selain dari ucapan 'terima kasih'. Ye lah.. blog aku ni kan entah apa-apa... malah blog ini sendiri pernah dikutuk oleh orang lain.. Tak percaya? Sila lah percaya.. Ini bukan main-main... Ini betul-betul..

Memang aku akui bila kena kutuk tu aku rasa down kejap. Yelah.. bila dikata blog aku ni dah macam diary la.. itu lah.. bla.. bla.. Tak down ke? Tapi lama-lama tu aku fikir.. "ah!! lantaklah.. apa orang nak kata.. katalah.. ingat nak menulis ni senang ke? Ingat nak perah idea tu senang ke? Ingat nak menyusun ayat tu senang ke? Lagipun ini blog aku.. hak aku.. so aku nak menulis apa pun.. terpulang pada aku.. terserah pada aku.." Betul tak? Ehh!! dah melencong pulak cik PM nih. Haha.. Ter'excited' lak.. Haha lagi...

Okey, blog aku telah direview oleh blogger MYideakini.com sebab komen aku untuk entri dia yang bertajuk Wordless Wednesday #20 kebetulan di nombor keramat dia iaitu _282. Ahh!! cerita sampai berbuih mulut (biar betul aku ni sampai berbuih mulut tu.. Haha) pun tak guna. Pe kata korang skodeng je kat sini supaya apa yang cuba aku tulis tu sampai maksudnya. Ada faham?

Dalam review beliau ada tertulis: "Apa yang MYideakini boleh tafsirkan melalui penulisan beliau ini ialah, beliau ini adalah agak simple orangnya dan mudah untuk berbicara." Emm.. simple.. well.. for a certain things.. yes.. i'm kinda simple person.. but for other certain things.. I'm a fussy and messy person. Haha.. Mudah untuk berbicara.. entahla.. ye kot.. Haha..

Apa pun, terima kasih pada blogger MYideakini.com atas kesudian untuk review blog cik PM ni dan untuk Review Blogger Certificate tu. Ada bling-bling lagi.. Ahakz..

Penjejak Mimpi: Today i feel so happy.. :)

0 comments: