Pages

Monday, December 3, 2012

Aku Salah Cakap Kot?

AKU jarang beli tiket manual komuter sebab dah ada kad Touch and Go.

Apa? Rugi sebab tak dapat diskaun 50%? 

Memang la kalau fikir-fikir macam tu..

Tapi kadang-kadang kaunter komuter kat Bandar Tasik Selatan tu lambat beroperasi.

Pukul 6.40am pun kadang-kadang tak beroperasi. Hangin tak? 

Sabar.... :)

So malas nak tunggu so guna aja kad Touch and Go tu. 

Pagi tadi pun macam tu.

Pergi dan balik touch kad aja. Alah.. menda dah ada. Bukan aku kena beli lain pun.

Time balik, sampai di Bandar Tasik Selatan aku ingat mesin touch Touch & Go kat situ rosak so terus ke kaunter sebab nak bayar cash dan neutralkan balik kad aku tu.

Mamat kaunter suruh aku touch kat laluan sebelah. 

Oklah kalau macam tu.

Alang-alang beli terus weekly ticket ke Mid Valley.

Total RM5 so aku bagi ngam-ngam.

Aku cakap: "Bagi tiket weekly dari sini ke Mid Valley."

Last-last mamat kaunter bagi tiket kaler merah dan baki RM4.

"Allo encek.. awak kasi saya tiket sehala ni nak buat apa? Saya nak beli yang weekly punya. Dah la tu macam saya nak ke Mid Valley pulak. Saya ni baru balik dari Mid Valley la encek. Aduyai!!" 

Sadis betul!

Err.. kata-kata tu hanya ungkapan di dalam hati aku aja, ok? Haha.. 

Keadaan sebenarnya aku sendiri terpinga-pinga dengan situasi tu.

Malas nak cakap banyak terus ambil baki duit dan tiket tu sekali.

Ishk!! ishk!! ishk!!

Bila cerita kat member, dia tanya balik kat aku: "You tunjuk tak kad diskaun tu?" 

Aku balas: "Tak pun.."

"Hmm.. patut la.."

Tapi aku rasa takde kena mengena pun dengan kad diskaun tu. 

Cuma aku rasa mamat tu salah paham kot dengan kata-kata aku.

"Hmmm... takpelah encik kaunter. Saya maafkan awak. Mungkin awak seharian mengadap customer yang membeli tiket kat situ. So awak dah terlalu penat. Dari pagi membawak ke petang.. musti bosan kan? Takpe.. takpe.. Saya paham situasi encik kaunter.." Haha..

Nota: Esok ada cross checking aset. Jumaat lak last day submit semua borang aset. Aku rasa nak muntah cakap pasal aset. Sekarang ni makan ingat aset.. minum ingat aset.. nak tido pun ingat aset. Huh!! sungguh membencikan!!

Penjejak Mimpi: Atas meja ni bersepah kertas pasal aset.. Huhuhuhu

2 comments:

lianalovekhairi said...

asik PM je buat aset...........Bagi lah kat org lain pulak buat benda alah tu..............

Penjejak Mimpi said...

LLK: Di satu pagi yang hening bertemankan angin air-cond yang sepoi-sepoi bahasa seseorang yang berjawatan Penolong Pegawai Aset pernah berkata pada big boss nya: "Puan, boleh tak tukar orang pasal aset nih? Kepala saya ni rasa macam nak meletop dah bila ingat pasal aset ni." Dan jawapan yang diterima oleh beliau ialah: "tunggu kepala ko meletop dulu baru saya tukar orang lain". Sadis tak jawapan tu? Haha..

Hah! amacam? Adakah kisah silam itu sudah menjawab soalan LLK? Haha..