Pages

Monday, July 21, 2014

Aku Yang Tersalah Sangka

BALIK tadi macam biasa aku berkejar menuju ke stesen komuter Mid Valley. Turun eskalator dah nampak muka-muka 'perayu' aktiviti gores dan menang. Hati ni mula rasa marah. Tiba-tiba ada yang menghulur sesuatu. Aku hanya mengerling dengan ekor mata terus berlalu sambil hatiku berkata: "ada yang kena tumbuk dengan aku ni karang!".

Komuter tiba tak lama kemudian. Berhenti di stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Sampai di situ, ada amoi menghulur dua bungkus sampul raya kat aku. Terus aku ambil lepas ucapan terima kasih diucapkan.

Huhuhu.. sebenarnya kan... orang yang menghulur sesuatu kat aku di stesen Mid Valley tu kan... dia kan... huhuhu... bukan orang gores dan menang... dia ialah geng amoi yang agihkan sampul raya kat stesen Bandar Tasik Selatan... huhuhu..

Rasa bersalah sebab buruk sangka kat geng amoi tu. Ingatkan nak pujuk aku gores kad merah tu rupanya nak bagi sampul raya. Huhuhu... "amoi... manyak-manyak soli arrr... wa ingat lu selupa itu geng goles dan minang. Lupanya lu mau kasi wa sampul laya. Soli arrr amoi... Arrrr... amoi... sampul kosong arr? Talak ada isi??" Btw, thanks to jobsCentral.

Penjejak Mimpi: Nak tumbuk orang? Penangan lapar ke? Huh! Sifat sabar kurang lagi tu.....

1 comments:

nur danisha said...

nk duit ry
slmt hr ry