Pages

Monday, September 22, 2014

"Excuse Me, Kak!!"

LOKASI: Aeon Mid Valley, 
WAKTU: Tengah hari
WATAK: 3 orang; i) Cik Adik Manis (perasan muda belia lagi) dan kawan ii) Uncle tua

TENGAH hari Jumaat lepas, ada lah orang tu.. aku namakan dia "Cik Adik Manis" (CAM) membeli belah di Aeon, Mid Valley. Dia dengan kawan dia la.. Lepas membeli belah nak bayar lah pulak kan? So CAM ni beratur la nak membayar.. Lepas bayar, si CAM ni happy-happy terus berlalu dengan kawan dia nak balik ke ofis.

Tiba-tiba:

Uncle: Hello!! Excuse me kak!

CAM: Berhenti tiba-tiba dari berbual dengan kawan dan terus merenung muka uncle tu sambil berfikir: "apahal lah uncle ni panggil aku kak.. padahal dia lagi tua dari aku! dah beruban pun!!". 
Si CAM ni tak bagi respon apa-apa pada panggilan uncle ni. Mungkin 'terkesima' dengan panggilan 'kak' tu agaknya.. Haha.. perasan muda belia lagilah tu..Ciss!!

Uncle: Barang u tertinggal kat kaunter la, kak...

CAM: Oh, ye ke? (Baru bagi respon lepas 2 minit. Aiya!!!)

Uncle: Ya la.. tinggal kat kaunter..

So si CAM ni terus lah berlari-lari anak pergi mendapatkan barangan yang telah dibayar tu. Hmm.. macam mana boleh tertinggal? Ni semua sebab bengang kat budak cashier tu lah.. Grrr.. grrr...

Moral of the story: 
i) Pastikan makanan dan minuman anda bebas semut untuk elakkan dari penyakit lupa.
ii) Kalau ada yang panggil anda "kak" bukan bermaksud dia perasan muda dari anda.. tapi itu adalah panggilan hormat. *tapi uncle tu boleh jer guna panggilan "Miss" ke.. atau "Cik" ker kan? Huhu..*
iii) Kalau cashier beri layanan cincai-cincai terhadap anda.. bersabar aje. Marah pun tak guna.. nanti tertinggal barang kat kaunter, siapa yang susah? Anda juga sebab kena patah balik ambil barang yang tertinggal tu!  Hehe..

Penjejak Mimpi: Lamanya tak update blog.. dah bersawang weh!! Nak kena vakum lepas ni.. :)

0 comments: