Pages

Tuesday, January 8, 2013

Muka Brutal Tapi...

"MUKA brutal tapi dalam hati ada taman".. selalu kan kita dengar ungkapan tu. Yang aku faham maksud ungkapan tu ialah seseorang yang dari luar kita tengok brutal semacam aja.. garang macam harimau.. harimau pun tak garang macam dia!! Haha..  Tapi sebenarnya dia jiwang karat.. layan blues sokmo..

Luaran mana boleh nak disamakan dengan yang dalaman. Betul tak? Habis kalau seseorang tu dari luar kita tengok macam brutal.. garang tak hengat.. dalaman dia macam mana agaknya kan? Takkan tidak ada sekelumit pun sisi lembut dalam diri dia?

Kalau dia nampak macam garang adakah kita rasa dia tak punyai perasaan sensitif,  sedih, terasa atau tersinggung atau sifat-sifat yang seangkatannya? Jangan lupa kita semua adalah manusia biasa yang punyai semua perasaan tak kira orang menilai luaran kita begitu begini..

Penjejak Mimpi: Semakin rapuh dan menipis.. :(

2 comments:

Kakzakie said...

Sebab itu tak boleh judge org dari luaran Sue. Kena kenal lama utk tahu serba sedikit isi hatinya.

p/s: Kuatkan semangat utk menebal pada yg kian menipis tu... sabar/doa/tawakkal - Insya-Allah DIA maha mendengar.

Penjejak Mimpi said...

Kakzakie: Tq kak.. :)