Pages

Sunday, January 13, 2013

Minyak Dagu

FILEM terbaru aku layan di panggung GSC di Berjaya Times Square. Tengok filem ni dengan anak buah aku; Ekin. Mula-mula makan dulu di KL Sentral sambil mengaplikasikan 'sistem barter' antara kami. Dia bagi perfume Gucci Floral EDP dan aku bagi duit kat dia. Boleh anggap macam sistem barter tak? Hehe..

Lepas solat baru kami ke sana. Sebenarnya takda dalam plan pun nak tengok wayang ni. Daripada merayap tak tentu hala lebih baik layan wayang, kan? Haha.. So layanlah kami dua beranak cerita yang bergenre seram ni. Tapi taklah seram sangat pada aku.

Filem ini mengisahkan Azman yang berdendam dengan Emelda selepas pertunangan mereka diputuskan disebabkan sikapnya yang panas baran. Disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman berjumpa bomoh, Wak Minarjo, pawang yang hebat dalam pembuatan minyak dagu.

Emelda memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut kata orang tuanya bahawa Johan calon suami yang lebih baik dan boleh menjamin masa depan Emelda. Selepas bertemu Wak Minarjo, Azman nekad membeli minyakdagu untuk dicalit kan ke siku Emelda.

Pada hari pernikahannya dengan Johan, Emelda tiba-tiba diserang histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Sejak itu, keadaan Emeldaterus berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon (lakonan Maimon Mutalib), ibu Emelda terus menuduh Johan menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung lalu meninggal dunia. Azman rasa bersalah lalu pergi menziarah jenazah Ainon sedangkan pantang larang terbesar Azman adalah tidak boleh berbuat demikian. 

Apa yang terjadi pada Azman? Apa kata korang tengok sendiri? Hehe..

Pelakon utama Fezrul Khan, Yana Shamsudin dan Fizo Omar. 

Hmm.. setiap perbuatan kita pasti ada balasan samada cepat dengan lambat aja. Siapa yang berbuat jahat pasti balasan yang amat pedih menanti. Yang penting, jangan jadi batu api dan ada sikap dendam dalam diri kita. Ingatlah yang tuhan itu sentiasa ada dan memerhatikan kita...

Penjejak Mimpi: Filem ni menyerlahkan sedikit penyakit orang kita; batu api.. Ishkk.. ishkk.. ishkk..

0 comments: